Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Siapakah Aktor Dewasa Yang Sesuai Bawakan Watak The Losers Club Dalam IT 2?

Sekuel filem IT bakal memulakan penggambarannya tidak lama lagi dengan pelakon kanak-kanak serta aktor Bill Skarsgard yang membawakan watak Pennywise disahkan kembali membintangi sekuel filem tersebut.

Namun pihak studio masih tidak masih tidak mendedahkan siapakah pelakon dewasa yang akan membawakan watak kanak-kanak The Losers Club semasa mereka dewasa nanti. Filem kedua IT nanti akan berlatarbelakangkan zaman selepas 27 tahun kejadian pertama yang menimpa ahli-ahli The Loser Club dimana mereka yang sudah dewasa akan berkumpul kembali di pekan Derry dan memusnahkan Pennywise buat selama-lamannya.

Setakat ini, aktres Jessica Chastain dikaitkan dengan filem It 2 dan dikatakan bakal membawakan watak Bev ketika dewasa. Watak-watak lain masih belum mempunyai petunjuk siapakah aktor dewasa yang bakal berlakon nanti.

Bagaimanapun, peminat filem seram itu sudah mengeluarkan teori mereka tentang siapakah aktor yang layak untuk membawakan watak-watak ahli kumpulan The Loser Club. Mari kita lihat siapakah yang dikaitkan dengan filem ini dan adakah aktor-aktor ini sesuai untuk berlakon dalam filem IT 2 ataupun tidak

Filem pertama telah berjaya mengutip lebih $700 juta seluruh dunia, menjadikan filem seram kelas ‘R-rated’ paling laris sepanjang zaman. Sekuel IT dijangkan akan menemui penonton pada 6 September 2019

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment