
Sejak filem pertama Star Wars: Episode V – A New Hope sehinggalah Star Wars: Episode VII – Force Awakens, kita dapat lihat pelbagai villian yang ditentang oleh Jedi dan tentera Rebel AllianceĀ dalam usaha mereka untuk memenangi perang galaksi. Dari Darth Vader sehinggalah Emperor Palpatine dan yang terbaru Kylo Ren, kini kita flashback kembali ke zaman lampau untuk melihat pasukan Rebel AllianceĀ menentang pasukan tentera klon yang diketuai oleh Orson Krennic.
BACA: Ā 8 Penjahat Paling Berkuasa Dalam Siri Filem Star Wars
Dalam filem stand alone Rogue One: A Star Wars Story,Ā Orson Krennic telah diangkat sebagai pejahat utama yang akan dihadapi oleh sekumpulan tentera Rebellion yang ingin mencuri Pelan Pembinaan Death Star. Dalam filem tersebut, Orson Krennic dilihat seperti villian-villian yang lain, kejam dingin dan penuh dengan muslihat. Persoalannya, siapakah Orson Krennic?
Latarbelakang Orson Krennic
Orson Krennic dahulunya seorang Leftenan Komander yang berkhidmat dalam Galactic Republic. Selepas Galatic Empire dibentuk, dia telah dinaikkan pangkat kepada Komander dan kemudian menjadi Pengarah dalam Division Penyelidikan Senjata Tentera Imperial semasa perang galaksi. Dia juga merupakan ketua sekuriti bagi projek Death Star dan komander kepada skuad death troopers.
Orson Krennic seorang yang bijak memanipulas, pandai mengambil peluang dan gemar mendapatkan perhatian dari Emperor Palpatine demi kepentingan dirinya.

Filem Rogue One ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Darth Vader, jadi sepatutnya villian dalam filem ini sepatutnya Darth Vader, tetapi sebaliknya berlaku apabila Orson Krennic diangkat menjadi villain utama bukannya Darth Vader. Kenapa dia dipilih sebagai villian utama dalam filem Rogue One?
Sebelum berlakukan perang Klon, Orson Krennic berkawan baik dengan seorang sainstis, Galen Erso. Namun, sebagai salah seorang ahli Projek Death Star dibawah seliaan Chancellor Palpatine, dia telah merancang untuk mengambil kesempatan terhadap pengentahuan yang dimiliki oleh Galen Erso.
Orson telah menawarkan peluang kepada Erso yang melakukan penyelidikan mengenai tenaga. Bagi Erso, penyelidikannya demi kebaikan galaksi, tetapi Orson telah merancang untuk menggunakan penyelidikan Erso dalam projek pembinaan Death Star yang telah lama tertangguh. Tujunnya hanya satu iaitu untuk mendapat perhatian Emperor Palpatine dan berada dalam kedudukan tertinggi dalam heirarki tentera Imperial.
Namun, niat jahat Orson dihidu oleh Erso, sebelum terlambat dia telah memberitahu pihak tentera Rebel Alliance mengenai projek rahsia tersebut dan pihak rebellion terus membentuk pasukan khas untuk merampas Plan senjata rahsia tersebut dan merancang untuk memusnhkannya.

Orson yang mengentahui rancangan pihak penentang telah bertindak menghalang rancangan mereka. Sebagai seorang ketua sekuriti projek Death Star, dia telah mengarahkan skuad death trooper untuk menghalang misi berani mati pihak penentang.
Menurut Ben Mendelsohn, aktor yang membawa karakter ini, dia menyifatkan Orson Krennic seorang yang bijak mengambil peluang dalam memenuhi kehendaknya dan juga seorang berhati-hati bagi mengelakkan dirinya dijatuhkan oleh pihak-pihak yang ingin melihat dia gagal dalam menjalankan misi.
So, kita dapat tahu serba sedikit mengenai watak Orson Krennic dalam filemĀ Rogue One,Ā dan kita lihat bagaimana Orson berkontrontasi dengan Darth Vader dalam menjalankan misi menjaga keselamatan Death Star dan juga kepintarannya dalam menghalang pasukan penentang dari mencuri pelan tersebut.