Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Siapakah Mysterio & Adakah Dia Superhero Dalam Filem Spider-Man: Far From Home?

Sejak filem pertama Spider-Man arahan Sam Raimi dihasilkan pada tahun 2002, peminat-peminat teringin melihat supervillain Mysterio berentap dengan Spider-Man di dalam mana-mana filem adiwira tersebut.

Marvel Studios kemudiannya menunaikan impian peminat apabila mengumumkan Jake Gyllenhaal  dipilih untuk memainkan peranan Mysterio dalam filem sekuel Spider-Man: Far From Home.

Bagaimanapun, apabila trailer pertama filem Spider-Man: Far From Home dipertontonkan kepada umum, ia memberi kejutan besar kepada peminat kerana trailer tersebut menunjukkan Spider-Man lakonan Tom Holand bersekutu dengan Mysterio untuk bersama-sama menentang Elementals. Adakah Marvel Cinematic Universe telah memperkenalkan Mysterio versi superhero?

Apakata kita lihat terlebih dahulu karakter tersebut dalam versi komik Marvel.

Origin

Mysterio pertama kali diperkenalkan dalam komik The Amazing Spider-Man #13 pada Jun 1964 sebagai karakter supervillain. Alter ego karakter tersebut adalah Quentin Beck, seorang yang mahir dalam pembuatan kesan khas dan pelakon lagak ngeri yang berkerja dalam dunia perfileman Hollywood. Impiannya adalah untuk menjadi pelakon dan mencipta nama dalam industri perfileman. Namun lakonannya yang teruk telah membuatnya sekadar menjadi krew belakang tabir untuk mencipta kesan-kesan khas dalam filem – bakat yang ada dalam dirinya.

Dia kemudiannya menyedari bahawa kepakarannya dalam menghasilkan ilusi mampu untuk membuatkannya menjadi penjenayah yang efektif.

Tugas pertamanya sebagai supervillain adalah membuat perangkap untuk menuduh Spider-Man sebagai dalang kepada rompakan di Muzium Midtown dan menjadikan dirinya sebagai hero. Kebolehannya dalam membuat kesan khas dan memberi ilusi kepada lawannya telah menyebabkan Spider-Man beberapa kali tertipu dengan perbuatan Mysterio. Malah supervillain tersebut mampu menganggu kebolehan ‘spider-sense’ dan ‘spider-web’ Spider-Man dengan menggunakan bahan kimia ciptaannya.

Namun kebijakkan Mysterio berjaya dicantas Spider-Man yang lagi bijak. Mysterio akhirnya dipenjarakan, dan dia mula menyimpan dendam terhadap adiwira tersebut. Sejak dari itu, Mysterio beberapa kali telah bertarung dengan Spider-Man dan turut menyertai Sinister Six untuk membalas dendam terhadap Spider-Man.

Apakah Abiliti Mysterio?

Mysterio bukan supervillain yang dianugerahkan dengan abiliti luarbiasa. Tetapi dia berbakat dalam mencipta ilusi dan kesan khas. Selain itu juga, Beck pakar dalam bidang hipnosis dan silap mata. Dia sering menggunakan kepakaran ini untuk menipu dan menganggu minda musuhnya terutamanya membuatkan mereka berhalusinasi dan menjadi gila.

Kepakaran dan bakat yang dimiliki supervillain inilah telah menyebabkan Daredevil menjadi hampir gilaDalam siri komik komik Guardian Devil, November 1998 – Jun 1999, Mysterio telah menyamar dan merancang untuk mengenakan Daredevil selepas supervillain itu kecewa musuh sebenarnya, Spider-Man bukanlah Peter Parker, sebaliknya adalah klon iaitu Ben Reilly.

Mysterio juga pernah menggangu minda Wolverine / Logan dalam komik Old Man Logan Vol 3 #70 (alternate reality). Dia yang memiliki abiliti intelek yang tinggi, manipulasi dan pakar dalam menghasilkan ilusi, telah memerangkap serta menceroboh minda Wolverine sehingga membuatkan superhero tersebut membunuh kesemua anggota X-Men yang disangkakannya, sekumpulan supervillian yang datang menyerang X-Mansion. Kesannya? Wolverine beberapa kali cuba membunuh diri kerana tertekan dengan peristiwa hitam itu dan berjanji tidak mahu kembali bertarung.

Selain dari mencipta ilusi, manipulasi dan kesan khas, Mysterio juga mampu mencipta bahan kimia dan robot, walaupun tidak begitu hebat, ia banyak membantunya untuk menentang Spider-Man. Bagaimanapun, radiasi dari bahan kimia yang diletakkan dalam sutnya telah memberi kesan kepadanya.

Pada awal kemunculannya sebagai supervillain, Beck bukanlah seorang pakar dalam seni mempertahankan diri, bagaimana disebabkan dendamnya terhadap Spider-Man, dia berlatih sehingga mahir dalam bidang tersebut.

Teori Msyterio Dalam Filem Spider-Man: Far From Home

Berdasarkan trailer yang ditunjukkan kepada umum, Mysterio memberitahu Peter Parker bahawa beliau datang dari dunia realiti yang lain iaitu dari Earth-833 dan mendedahkan realiti Peter Parker adalah Earth-616. Dia juga menyatakan tujuannya datang ke realiti Peter Parker adalah untuk memusnahkah Elementals yang terlepas masuk ke dunia realiti Earth-616.

Terdapat dua kemungkinan disini:

  1. Marvel Cinematic Universe sudah memulakan langkah memperkenalkan dunia multiverse menerusi filem Spider-Man: Far From Home, atau..
  2. Mysterio berbohong mengenai dunia multiverse, dia sebenarnnya mempunyai niat lain.

Lupakan kemungkinan dunia ‘multiverse’ kerana ia memerlukan teori yang panjang untuk dibincangkan, tetapi Mysterio berbohong, rasanya kemungkinan yang paling sesuai.

Ini berdasarkan kebolehan dan sifat semulajadi Mysterio dalam dunia komik. Ya, Marvel Cinematic Universe selalunya tidak meniru bulat-bulat jalan cerita yang ditunjukkan dalam komik, tetapi karakteristik watak selalunya tidak lari jauh dari versi komik.

Mysterio terkenal kerana kebolehannya untuk menipu, mengaburi dan meracuni pemikirannya musuhnya seperti yang dia lakukan terhadap Daredevil dan Wolverine dalam versi komik. Jadi tidak mustahil, dia menggunakan alasan ‘multiverse’ dan ‘Elementals’ untuk ‘mengenakan’ Spider-Man.

Mysterio Ingin Menjadi Superhero

Antara teori yang boleh digunapakai untuk menggambarkan Mysterio sebenarnya  viilain utama filem Spider-Man: Far From Home, adalah keinginannya yang mahu mengangkat dirinya sendiri sebagai hero.

Memandangkan Iron Man telah mati dan dunia perlukan ‘superhero’ baru, Quentin Beck menggunakan peluang ini untuk menjadi superhero. Dia dengan sengaja mencipta Elementals sebagai ilusi dikalangan orang awam. Beck kemudian mencipta gelaran Mysterio dan pergi menghapuskan Elementas, ciptaannya sendiri. Jika dia berjaya menghapuskan Elementals, secara automatik dia akan diangkat sebagai hero oleh rakyat.

Tetapi rancangannya gagal, dan Nick Fury meminta bantuan Spider-Man. Bagi mengaburi niat sebenarnya, Mysterio sengaja mencipta cerita mengenai dunia Multiverse. Apabila kedua-dua berjaya mengalahkan Elementals, Mysterio akan menggunakan kepakarannya untuk ‘mengenakan’ Spider-Man, dan membuatkan orang ramai memandang serong terhadap adiwira itu.

Walaupun dalam trailer dan tv-spot menunjukkan Mysterio berbaik-baik dengan Spider-Man, ada beberapa ciri penting yang ada pada karakter tersebut boleh dijadikan sebagai sebab utama mengatakan Mysterio dalam filem Spider-Man: Far From Home adalah supervillain utama. Penonton harus ingat, Mysterio selalunya berwatakkan jahat dalam mana-mana komik Marvel dan trailer filem-filem Marvel kebiasaanyna hanya sekadar menunjukkan permukaan filem sahaja.

Spider-Man: Far From Home akan memulakan tayangan di Malaysia mulai 2 Julai ini.

Related posts

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

10 Francais Filem Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman

Kakimuvee

[VIU]Check Out Your Favourite Oppas & K-Dramas On Daebak Thursdays

Kakimuvee

7 DIFFERENT KOREAN MOVIES THAT WILL SATISFY YOUR NEEDS

Zulaikha

6 Filem ‘Time-Travel’ Yang Mampu Merangsang Minda Anda

Kakimuvee

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating