Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Shuib Sepahtu Tubuh Yayasan Bubble Bee

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu bakal menubuhkan Yayasan Bubble Bee bagi membantu badan kebajikan dan golongan memerlukan. Menurutnya lagi, idea menubuhkan yayasan itu timbul ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

“Idea menubuhkan yayasan ini tercetus ketika kita berada dalam tempoh PKP. Ketika itu saya memberi bantuan kepada golongan memerlukan. Namun, perkara itu mengundang kritikan warganet kononnya saya mahu buat ‘damage control’.

“Memandangkan saya ada perniagaan minuman Bubble Bee, jadi saya terfikir kenapa tidak menubuhkan yayasan. Kiranya, aktiviti bantuan ini akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.

“Apa saya akan buat adalah, daripada perniagaan itu saya ketepikan sedikit bahagian untuk yayasan berkenaan. Contoh dari hasil jualan harian, cendrahati Bubble Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuib, dia juga mewajibkan setiap cawangan dan cawangan kerjasama yang dibuka membuat perkara sama.

Malah, menerusi yayasan itu juga, Shuib merancang untuk membuat program kebajikan masyarakat (CSR) pada setiap bulan.

“Disebabkan saya nak buka banyak cawangan, saya terfikir setiap daripada itu diwajibkan menjaga satu rumah kebajikan. Walaupun jumlah disumbangkan tak banyak, tapi kalau berterusan ia pasti bermanfaat dan membantu.

“Alhamdulillah, perkara itu disambut baik setiap rakan kerjasama yang membuka cawangan. Mereka bersetuju dan tak bantah pun. Sekurang-kurangnya ada juga saham akhirat,” katanya.

Perkembangan lain, Shuib bakal membuka enam lagi cawangan sendiri dan menyasarkan 28 cawangan dibuka tahun ini.

“Insya-Allah, pada 22 Jun ini akan dilancarkan cawangan terbaharu di USJ, Subang Jaya dan seterusnya di The Strand Kota Damansara.

“Setakat ini sudah ada 15 cawangan kerjasama dan dalam senarai ada 20 lagi akan dibuka. Saya berharap sasaran nak buka 28 cawangan tahun ini akan terlaksana,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Awie Lega “10 Tips Tipu Bini” Dapat Sambutan Penonton

Isqandar

“10 Tips Tipu Bini” Akan Ditayangkan Di Astro First Pada 7 Januari Ini

Isqandar

Areel Abu Bakar Dedah Perancangan “Geran 2”

Kakimuvee

Monsta Lancar Trailer Pertama Filem Animasi “MechAmato”!

Kakimuvee

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Kakimuvee

Awie Malas Layan Youtuber ‘Pengkritik Filem’

Kakimuvee

Leave a Comment