Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Shin Hye Sun Ditawar Peranan Utama Dalam Spin-Off Filem “Door Lock”


Pelakon Shin Hye Sun telah ditawarkan peranan utama dalam filem thriller terbaru bertajuk Open the Door (tajuk literal). Berita mengenai tawaran tersebut disahkan sendiri agensinya YNK Entertainment.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensinya, “Shin Hye Sun telah menerima tawaran untuk membintangi filem ‘Open the Door’, tetapi dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.”

“Open the Door” merupakan spin off kepada filem thriller popular Door Lock (2018) lakonan Gong Hyo Jin. Filem Door Lock adalah remake dari filem thriller Sepanyol bertajuk Sleep Tight (2011)

Filem yang akan diarahkan Park Hee Gon (Insadong Scandal, Perfect Game) itu menceritakan kisah seorang wanita biasa yang tinggal sendirian dan terperangkap dalam pelbagai kejadian yang tidak dijangka setelah membeli mesin basuh terpakai.

Buat masa ini tarikh tayangan dan barisan pelakon yang lain masih belum didedahkan pihak produksi.


Sumber: Soompi


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee