Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Shin Ha Kyun & Yeo Jin Goo Sebagai Polis Yang Penuh Rahsia Dalam “Beyond Evil”


Drama terbaru JTBC Beyond Evil telah mendedahkan gambar pertama yang menampilkan karakter lakonan Shin Ha Kyun dan Yeon Jin Goo.

Beyond Evil adalah drama psikologikal thriller yang dibintangi Yeo Jin Goo dan Shin Ha Kyun, dua lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja dan melanggar undang-undang untuk memburu pembunuh bersiri. Drama ini diarahkan oleh Shim Na Yeon (Moment of Eighteen) dan ditulis Kim Soo Jin (Mad Dog).

Shin Ha Kyun memainkan peranan sebagai Lee Dong Shik, bekas detektif di divisyen jenayah berat yang diturunkan pangkat ke sarjan dan bertugas di balai polis tempatan. Dia melakukan tugas-tugas pelik di balai itu, tetapi kehidupan berubah apabila menemui semula kes pembunuhan bersiri yang pernah menggegarkan dunianya 20 tahun yang lalu. 

Yeo Jin Goo memainkan peranan sebagai detektif elit Han Joo Won. Dia tiba ke balai polis tempatan di Manyang dengan rahsia, dan dia terperangkap dalam suasana dingin ketika bertemu dengan rakan setugasnya, Lee Dong Shik, yang lebih mengerikan daripada raksasa.

Beyond Evil akan ditayangkan pada 19 Februari 2021. Anda boleh tonton trailer disini.


Sumber: Soompi

 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee