Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Shim Eun Kyung Kongsikan Keterujaannya Bintangi Drama Terbaru “Money Game”

tvN telah melancarkan gambar pertama Shim Eun Kyung dalam drama terbaru Money Game, berserta perkongsian mengenai perasaan aktres tersebut kembali berlakon drama selepas enam tahun.

“Saya gembira untuk mengambil bahagian dalam projek yang akan memberi inspirasi kepada perbincangan hebat tentang ekonomi Korea.”

“Memandangkan adalah projek ini yang mempunyai banyak maksud yang mendalam, ada kalanya sukar untuk mengekspresikan emosi, tetapi saya rasa saya terus berkembang dengan watak Lee Hye Jun dalam setiap adegan yang dilakonkan. Pelakon dan krew bekerja keras untuk mencipta drama yang hebat, jadi sila tontonnya apabila ditayangkan pada Januari 2020. “

Gambar-gambar terbaru yang didedahkan itu, menunjukan transformasi Shim Eun Kyung sebagai Lee Hye Jun, seorang pegawai muda di Kementerian Ekonomi dan Kewangan yang memiliki nilai moral yang tinggi.

Money Game akan berkisarkan tentang satu lagi krisis IMF yang melanda Korea pada tahun 2020, dan sekumpulan pekerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan yang cuba mengubah dunia ketika mereka bertarung melawan korupsi di sebuah bank yang dimiliki oleh kerajaan dalam saham hampir muflis.

Drama terbaru ini akan mula bersiaran pada Januari tahun hadapan sebaik sahaja drama Psychopath Diary tamat

Related posts

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha

“Taxi Driver” Terus Catat Rating Tertinggi

Zulaikha

Song Joong Ki Kuasai Tangga Pertama Dalam Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

“The Good Detective” Kembali Dengan Musim Kedua

Zulaikha