Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Shea Whigham Bintangi Dua Filem Mission: Impossible


Menerusi laman Twitter, penulis dan pengarah Christopher McQuarrie mengumumkan pertambahan barisan pelakon filem Mission: Impossible dengan membawa masuk bintang Boardwalk Empire dan Joker, Shea Whigham.

Setakat ini watak yang akan dibawa aktor tersebut masih lagi tidak diketahui.

Whigham terkenal menerusi beberapa drama bersiri HBO seperti Boardwalk Empire dan True Detective, serta beberapa filem blockbuster termasuklah Kong: Skull IslandFast & Furious 6Death NoteSicario: Day of the Soldado dan Bad Times at the El Royale.

https://twitter.com/chrismcquarrie/status/1208153928929443841?s=20

Dua filem Mission: Impossible akan datang dibintangi pelakon seperti Tom Cruise (Top Gun: Maverick), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy Vol. 2) dan Haley Atwell (Avengers: Endgame). Turut kembali memainkan peranan masing-masing adalah Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One) dan Ving Rhames (Pulp Fiction).


Kejayaan dua filem Mission: Impossible sebelum ini menyaksikan, pengarah Christopher McQuarrie sekali lagi diberi kepercayaan oleh Paramount Pictures untuk menulis dan mengarahkan dua lagi filem Mission: Impossible akan datang.

Francais yang kini sudah berusia 25 tahun dan telahpun memiliki 6 buah filem. Filem terbaru Fallout menerima maklumbalas yang cukup positif dari para pengkritik dan peminat, serta berjaya meraih $790 juta dolar seluruh dunia.

Mission: Impossible 7 dijangka akan menemui penonton pada 23 Julai 202


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee