Siri TV

She-Hulk: Bintang Orphan Black Dipilih Untuk Bawa Watak Jennifer Walters

Views

Nampaknya, rancangan adiwira Disney+, She-Hulk telahpun memiliki pelakon utamanya!

Menurut laporan Deadline (via Comicbookmovie) pelakon siri sains fiksyen Orphan Black, Tatiana Maslany telah dipilih untuk memainkan peranan peguam Jennifer Walters, alter-ego untuk watak She-Hulk.

Selain itu juga, pengarah Dead To Me Kat Coiro akan mengarahkan episod pilot serta beberapa episod yang lain. Penulis lakonlayar Rick and Morty, Jessica Gao turut disahkan akan mengetuai barisan penulis skrip.

Dalam versi komik, Walter adalah seorang peguam yang memperolehi kuasa yang serupa dengan The Green Goliath selepas dia menerima transfusi darah dari sepupunya, Bruce Banner.

Penglibatan Mark Ruffalo dalam siri She-Hulk masih belum diumumkan secara rasmi, tetapi pelakon itu telah meninggalkan beberapa petunjuk bahawa dia akan mengulangi peranannya dalam MCU untuk rancangan tersebut.

Maslany dikenali menerusi peranannya dalam siri Orphan Black, dan dia juga membuat kemunculan dalam siri Diary of the Dead, Stronger, Destroyer dan terbaru, siri HBO, Perry Mason.

She-Hulk dijadualkan penggambarannya pada tahun hadapan di Atlanta, Georgia.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks