Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Shazam Berhadapan Dengan Naga Dalam Poster Terbaru ‘Shazam! Fury of the Gods’


Shazam! Fury of the Gods

Poster baharu Shazam! Fury of the Gods telah dikeluarkan, memberikan kepada kita satu lagi usikan tentang pertarungan antara adiwira utama yang akan menentang seekor naga gergasi. Filem terbaru DC ini akan ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2023

Anda boleh lihat poster tersebut dibawah:

Shazam! Fury of the Gods akan menampilkan kepulangan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai watak utama Billy Batson / Shazam!. Menyertai mereka adalah barisan pelakon filem pertama termasuklah Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans, dan Cooper Andrews.

Setelah mengalahkan Sivana dan Seven Deadly Sins dalam filem pertama tahun 2019, sekuel akan datang menyaksikan Keluarga Shazam menghadapi ancaman yang jauh lebih berbahaya, dengan perkenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar Helen Mirren dan pelakon Kill Bill, Lucy Liu. Bintang West Side Story, Rachel Zeigler juga telah diberikan peranan penting, namun wataknya masih belum didedahkan kepada umum.

Shazam! Fury of the Gods sekali lagi diarahkan oleh David F. Sandberg (Annabelle: Creation) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Henry Gayden. Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit. 



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee