Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SHAZAM! 2 Akan Menemui Penonton Pada 2022, 4 Bulan Selepas Tayangan Black Adam!


Selepas mengumumkan tarikh tayangan filem-filem terbitan mereka, studio Warner Bros. sekali mengumumkan satu lagi tarikh tayangan filem adiwira mereka. Shazam! 2 telah ditetapkan tarikh 1 April 2022, empat bulan selepas tarikh tayangan filem Black Adam yang telah ditetapkan pada 22 Disember 2021.

Zachary Levy akan kembali memainkan peranan sebagai Shazam!, manakala David F. Sandberg turut disahkan akan kembali mengarah sekuel akan datang. Henry Gayden yang turut merangka skrip filem pertama kini sedang sibuk menyiapkan skrip terbaru.

Shazam! yang ditayangkan pada April yang lalu telah menerima respon positif dari para pengkritik serta penonton, dan boleh dikatakan berjaya dari segi komersial dengan kutipan sebanyak $364.6 juta dolar seluruh dunia.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi Shazam! 2 mungkin membuka lebih banyak peluang untuk mengaitkan adiwira itu dengan musuh ketatnya Black Adam sebelum kedua-duanya bertemu dalam filem ‘crossover’ tidak lama lagi.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee