Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

SHAZAM! 2 Akan Memulakan Penggambaran Tahun Hadapan

Filem pertama Shazam! boleh dikatakan sukses dari segi komersial, jadi tidak hairan apabila sekuelnya diumumkan pihak studio. Namun begitu, butiran mengenai Shazam! 2 tidak banyak diketahui peminat selain daripada tarikh tayangannya. 

Kini, laman The Illuminerdi memberi sedikit perkembangan terbaru mengenai projek sekuel Shazam!. Dikhabarkan pihak produksi merancang untuk memulakan penggambaran Shazam! 2 sekitar musim bunga tahun hadapan. Perancangan ini akan meletakan Shazam! 2 dilandasan yang tepat sebelum ia ditayangkan pada 4 November 2022.


Sementara itu, Black Adam masih kekal dengan tarikh pelancaran pada Disember tahun hadapan, tetapi terdapat kemungkinan ia akan berubah memandangkan Dwayne Johnson perlu menyelesaikan filem Netflix Red Notice terlebih dahulu.

Apapun, perancangan untuk kedua-dua filem ini mungkin akan lebih jelas di DC FanDome yang akan berlangsung pada bulan ini.

Zachary Levy akan meneruskan peranannya sebagai Shazam!, manakala David F. Sandberg kembali sebagai pengarah untuk sekuel akan datang dengan Henry Gayden bertindak sebagai penulis lakonlayar.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment