
Selepas muncul dalamsiri ‘original’ Viu, Devoted, pelakon Sharnaaz Ahmad kembali ke platform penstriman video popular itu menerusi siri ‘original’ terbaru berjudul Isteri Misteri.
Pekara tersebut syarikat produksi Primeworks Studios Sdn Bhd, yang juga anak syarikat kepada Media Prima Berhad, melalui laman Facebook rasmi mereka pada Rabu.
Diarahkan Faisal Ishak dan Eshan Shahlin, Isteri Misteri merupakan siri drama komedi yang mengisahkan tentang Rizal, seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya.
Dengan bantuan pembantunya, Jun, dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri!
Turut menyertai barisan pelakon adalah Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azira Shafinaz dan Azar Azmi.
Isteri Misteri akan bersiaran setiap Rabu dan Khamis jam 6.00 petang di TV3 dan 7.00 malam di Viu bermula pada 25 November 2020.