Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Sharifah Amani Mempertikaikan Saranan Ahmad Idham Untuk Sekat Kandungan Netflix

Kontroversi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Ahmad Idham yang mahu kerajaan mengawal selia kandungan digital Netflix telah menimbulkan pelbagai respon dari pelbagai pihak, termasuklah pelakon dan pengarah Sharifah Amani.

Dalam tembualnya bersama BH Online, Sharifah Amani meminta agar FINAS terlebih dahulu menyelesaikan masalah industri terlebih dahulu, bukannya membangkitkan isu yang remeh.

“Letihlah. Banyak lagi masalah industri perfileman yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan penyelesaian. Isu ini pernah dibangkitkan dahulu, cuma ia kembali diperkatakan berdasarkan perkembangan semasa.

“Lebih baik FINAS cuba selesaikan masalah industri berkaitan royalti, bajet dan sebagainya. Saya buntu dan risau, apa akan jadi jika kita terus berada di takuk lama. Negara lain sudah maju, tetapi kita masih bercakap mengenai isu yang pada saya, remeh dan boleh diselesaikan sendiri oleh masyarakat,”

Tambah pelakon filem Pekak itu lagi, isu kawalan isi kandungan digital seperti Netflix tidak perlu dibangkitkan kerana platform penstriman itu sendiri sudah mempunyai tetapan untuk mengawal sendiri isi kandungan yang mahu ditonton.

Malah sekiranya merasakan tidak sesuai untuk tontonan, jangan melanggan.

Selain Sharifah, beberapa artis popular lain seperti Beto Kusyairy, Tony Eusoff dan beberapa lagi turut tampil menyelar dan mempertikai saranan oleh Ahmad Idham yang dianggap sebagai tidak adil dan tidak konsisten.

Sumber: Cinema Online, BH Online

Related posts

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

[TRAILER] Zombi Jadi Taruhan “Mat Bond Malaya” Arahan Nabil Ahmad

Kakimuvee

ZOMBITOPIA PREMIERES TODAY, EXCLUSIVELY ON DISNEY+ HOTSTAR

Kakimuvee

Leave a Comment