Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Shang-Chi Menjadi Filem Pertama Era Pandemik Capai Kutipan Lebih $400 Juta Dolar

Minggu yang cukup sukses buat dua filem superhero Marvel, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan Venom: Let There Be Carnage.

Selepas 10 hari dilancarkan, sekuel Venom telah mengutip $143 juta dolar di pasaran domestik AS, lebih tinggi dari Black Widow, bagi tempoh yang sama, dan kurang $1 juta dolar berbanding Shang-Chi.

Menurut Forbes, kutipan terkumpul Venom: Let There Be Carnagekini mencecah $186 juta dolar seluruh dunia. Ini bermaksud, kutipan filem Marvel terbitan Sony itu akan mencecah $200 juta dolar seluruh dunia dalam tempoh beberapa hari yang akan datang. Buat masa ini, tarikh pelancaran di China masih belum diketahui. Pasaran China dijangka akan memberi lonjakan besar pada kutipan filem sekuel arahan Andy Serkis itu. 

Sementara itu, filem terbaru Fasa 4 Marvel, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings sekali lagi mencipta rekod kutipan era pandemik apabila berjaya mengumpul lebih $400 juta dolar seluruh dunia. 

Sebanyak $212.45 juta dolar datangnya dari pasaran Amerika Utara, manakala selebihnya dari beberapa pasaran antarabangsa. Walaupun tanpa bantuan China (Shang-Chi telah diban di negara tersebut), filem terbaru MCU itu masih mampu menjadi filem pertama era pandemik yang mengutip lebih $400 juta dolar. 

Venom: Let There Be Carnage dibintangi Tom hardy yang kembali meneruskan peranannya sebagai pelindung maut, Venom, salah satu watak Marvel yang paling hebat dan paling kompleks. Diarahkan oleh Andy Serkis, filem ini turut dibintangi Michelle Williams, Naomie Harris dan Woody Harrelson, yang akan memainkan watak penjahat utama Cletus Kasady aka Carnage. Filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 11 November 2021.

Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dari lakon layar yang ditulis oleh Dave Callaham, Shang-Chi and the Legend of the Ten Ring menceritakan tentang watak utama, Shang-Chi yang  menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. Filem ini dibintangi Simu Liu sebagai Shang-Chi, dan dia disertai Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin, Awkwafina, Michelle Yeoh, Florian Munteanu dan ramai lagi.

 Shang-Chi and the Legend of the Ten Ring kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan. Anda boleh baca ulasannya disini.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment