Berita

Shang-Chi Bakal Menampilkan Lebih Dari Satu "Villain"

Views

Marvel Studios dilaporkan menambah beberapa watak dalam filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings. Menurut laman MCU Cosmic, pihak studios kini sedang mencari pelakon untuk menjayakan beberapa watak villain dari komik yang akan digunakan sebagai musuh kepada watak utama Shang-Chi lakonan Simu Liu.

Watak-watak penjahat yang dimaksudkan adalah Steel Claw, Moving Shadow, Razor-Fist dan Ghostmaker. Tiga daripada empat watak adalah dari komik Shang-Chi, dan pernah beberapa kali bertarung dengan "Master of Kung Fu" itu. Manakala Steel Claw adalah watak baru dan mungkin diinsipirasikan dari karakter komik Tiger-Claw atau Yellow-Claw (Gold-Claw).

Selain daripada menampilkan banyak watak penjahat, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa filem Shang-Chi akan datang akan menampilkan babak-babak pertarungan ala filem Bloodsport dimana watak utama akan berhadapan dengan lawan-lawannya yang hebat dalam pertandingan haram itu.

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dilaporkan telah memulakan produksi di Australia, dan peminat mungkin menjangkakan lebih ramai pelakon / watak akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Filem adiwira Marvel Asia ini dibintangi pelakon Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Destin Daniel Cretton akan mengarahkan filem ini, manakala skrip ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini akan mengisahkan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings.

Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings akan menemui penonton pada 12 Februari 2021.

shares
Enable Notifications    Ok No thanks