Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings’ Kutip Lebih $120 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Pawagam di Malaysia lagi ditutup, tetapi prestasi Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings di box office global membuatkan peminat tempatan tidak sabar untuk menonton filem terbaru Fasa 4 MCU itu.

Berdasarkan data dari Box Office Mojo, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings telah menjana $127.6 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, dan dari jumlah tersebut, $71.4 juta telah dikumpul dari pasaran domestik A.S., manakala $56.2 juta dolar dikutip dari beberapa pasaran antarabangsa. UK menjadi penyumbang terbesar untuk pasaran antarabangsa dengan kutipan $7.7 juta dolar. 

Pretasi Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings di box office global dianggap baik meskipun ditayangkan ketika pandemik. 

Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dari lakon layar yang ditulis oleh Dave Callaham, Shang-Chi and the Legend of the Ten Ring akan menceritakan tentang watak utama yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. 

Simu Liu akan memainkan watak utama sebagai Shang-Chi, dan dia disertai Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin, Awkwafina, Michelle Yeoh, Florian Munteanu dan ramai lagi.

Dikenali sebagai The Master of Kung Fu, Shang-Chi pertama kali diperkenalkan di halaman Special Marvel Edition # 15 pada tahun 1973 setelah mereka gagal memperoleh hak untuk siri TV Kung Fu yang terkenal ketika itu, yang dibintangi oleh David Carradine. Sebagai pakar pertempuran, Shang-Chi akhirnya memperoleh kemampuan untuk membuat sejumlah replika dirinya.

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment