Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings” Hanya Akan Ditayangkan Di Pawagam

Dikala filem Black Widow mendapat pelepasan serentak di pawagam dan Disney+, filem kedua MCU Fasa 4 Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings hanya akan ditayangkan di pawagam pada 3 September ini. 

Walaupun dunia sedang menghadapi variant Delta Covid-19, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings tetap ditayangkan secara eksklusif di pawagam tanpa Premier Access Disney+. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Disney Bob Chapek, perjanjian pengedaran menjadi faktor Shang-Chi tidak dimasukkan ke platform digital pada tarikh pelancaran. 

Bagaimanapun, Disney mengganggap ia sebagai percubaan kerana Shang-Chi mempunyai tempoh eksklusif di pawagam selama 45 hari sebelum tersedia di platform digital. Disney dilaporkan akan melihat strategi pemasaran Shang-Chi dan bagaimana ia berfungsi untuk filem mereka di masa hadapan.

Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dari lakon layar yang ditulis oleh Dave Callaham, Shang-Chi and the Legend of the Ten Ring akan menceritakan tentang watak utama yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. 

Simu Liu akan memainkan watak utama sebagai Shang-Chi, dan dia disertai Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin, Awkwafina, Michelle Yeoh, Florian Munteanu dan ramai lagi.

Dikenali sebagai The Master of Kung Fu, Shang-Chi pertama kali diperkenalkan di halaman Special Marvel Edition # 15 pada tahun 1973 setelah mereka gagal memperoleh hak untuk siri TV Kung Fu yang terkenal ketika itu, yang dibintangi oleh David Carradine. Sebagai pakar pertempuran, Shang-Chi akhirnya memperoleh kemampuan untuk membuat sejumlah replika dirinya.

Setelah Special Marvel Edition mengubah namanya menjadi The Hands of Shang-Chi: Master of Kung Fu, watak itu terus muncul dalam terbitan Marvel Team-Up dan Marvel Two-in-One. Dia juga pernah menjadi anggota The Avengers and Heroes for Hire, yang terakhir bersama rakan-rakan tuan kung fu, Daughter of the Dragon.

Related posts

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Saksikan Reaksi Ethan Hawke & Oscar Isaac Terhadap Trailer “Moon Knight”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Leave a Comment