Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Shane Paul McGhie, Aimee Carrero & Maddie Phillips Bawa Watak Utama Dalam Spin Off “The Boys”

Tiga pelakon baru Shane Paul McGhie (Deputy; Greenleaf), Aimee Carrero (Elena of Avalor; Young & Hungry) & Maddie Phillips (Supernatural; Teenage Bounty Hunters) akan menyertai siri spin off “The Boys“, lapor Deadline.

Ketiga-tiga trio itu akan memainkan peranan adiwira remaja dalam siri yang berlatarbelakangkan kehidupan di kolej. Mereka akan menyertai Jaz Sinclair (Chilling Adventures of Sabrina; The Vampire Diaries) dan Lizze Broadway (Bones; Here and Now) yang sebelum ini telahpun dipilih untuk membintangi spin off “The Boys”.

Siri akan datang digambarkan sebagai “tidak sopan, dinilai ‘R’ yang meneroka kehidupan kompetitif Supes, ketika mereka menguji batasan fizikal, seksual dan moral, serta bersaing untuk mendapatkan kontrak terbaik di bandar terbaik. Sebilangan rancangan akan berlatarbelakangkan kolej, manakala sebahagian lagi ibarat Hunger Games – dengan sepenuh hati, satira dan bertenaga seperti The Boys”.

Penerbit eksekutif “The Boys” Craig Rosenberg akan mengetuai projek, penulis episod pilit dan turut menjadi ‘showrunner’ bersama pencipta siri, Eric Kripke. Kripke turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Seth Rogen, Evan Goldberg, dan Neal H. Moritz.

Walaupun tidak secara langsung berdasarkan buku komik The G-Men dari Garth Ennis dengan nama yang sama, Kripke baru-baru ini mengesahkan bahawa siri ini, sekurang-kurangnya, akan diilhamkan oleh superteam kontroversial.

Related posts

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Siri Epik Sci-Fi “Raised by Wolves” Kembali Untuk Musim Ke-2 Pada 3 Februari Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Tarikh Pelancaran The Boys Musim 3 Telah Didedahkan, Tonton Video Pandangan Pertama Disini

Kakimuvee

Trailer ‘The Witcher: Blood Origin’ Meneroka Sejarah Continent Yang Tidak Pernah Diceritakan

Kakimuvee