Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Shaheizy Sam Kongsikan Gambar Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3

Pelakon Shaheizy Sam telah kongsikan gambar barisan pelakon filem Polis Evo 3 menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dengan kapsyen “Semua ada. Watak jahat je takda. Sapa ek?” gambar tersebut turut menampilkan pengarah Syafiq Yusof serta beberapa pelakon hebat antaranya Nora Danish, Zizan Razak, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana dan Farali Khan.

 

View this post on Instagram

 

Semua ada. Watak jahat je takda. Sapa ek? 🤔 #PolisEvo3

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Polis Evo 3 akan diarahkan Syafiq Yusof, dan kini sedang dalam proses membaca skrip sebelum memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Setakat ini, butiran lanjut mengenai plot filem dan watak untuk pelakon baru masih lagi tidak didedahkan.

Shaheizy Sam dan Zizan Razak seperti biasa akan kembali menerusikan watak mereka sebagai Inspektor Khai dan Inspektor Sani, manakala Nora Danish yang tiada dalam filem yang lalu, akan kembali meneruskan wataknya sebagai Anis, adik kepada Sani.

Filem pertama Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 telah mencipta fenomena genre aksi tempatan apabila berjaya meraih RM17.8 juta sepanjang tempoh tayangannya. Kejayaan diteruskan menerusi filem Polis Evo 2 yang turut mencatatkan kutipan luarbiasa iaitu sebanyak RM 20 juta.

Tiada tarikh tayangan Polis Evo 3 diumumkan setakat ini.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

DRAMA ‘SIAPA JAGA MAK’ PAPAR INSPIRASI KISAH BENAR DARI SINGAPURA

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Leave a Comment