Filem “buddy-police” tempatan, Polis Evo yang mendapat sambutan mengalakkan semasa tayangannya pada tahun 2015 bakal menemui penonton apabila filem kedua sedang dalam proses pengambaran.
Menurut salah seorang pelakon utamanya Shaheizy Sam, dia telah memberitahu bahawa dirinya kini sedang giat membuat persediaan rapi sebelum masuk ke set penggambaran yang dijangka akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya ini.
Filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar telah mencipta kutipan yang cukup memberangsangkan iaitu sebanyak RM18 juta dan telah memenangi beberapa anugerah.
Selain Shaheizy Sam, Zizan Razak turut kembali dengan beberapa muka baru dikatakan akan muncul dalam sekuel filem buddy-police tempatan ini.
Setakat ini tidak diketahui plot dan details mengenai filem Polis Evo 2,cuma lokasi pengambaran filem dijangka disekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Kali ini mungkin Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Hassani (Zizan Razak) akan membanteras jenayah di negeri-negeri tersebut selepas mereka melakukan aksi di negeri Terengganu pada filem pertama.