Bintangi Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan bakal menyumbangkan suaranya dalam filem live action Disney, The Lion King versi Hindi.
Dalam pengumuman yang dibuat Walt Disney Studios baru-baru ini, Shah Rukh Khan akan menyumbangkan suara untuk watak Mufasa dan beliau juga akan bergandingan dengan anaknya, Aryan Khan yang akan menyuarakan watak Simba.
Ini merupakan kollaborasi kedua diantara Khans dan Disney selepas anak-beranak tersebut menyuarakan watak Mr. Incredible dan dash dalam filemĀ The IncrediblesĀ versi Hindu pada tahun 2004.
Glad to be a part of this journey… a timeless film. Voicing it in Hindi with my own Simba. The last time we did a film was around 15 years ago and it was āIncredibleā and this time around its even more fun. Hope everyone enjoys it 19th July onwards. #TheLionKing https://t.co/rJEfxevA9k
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) June 17, 2019
Dengan pemilihan Shah Rukh Khan serta anaknya sebagai pelakon suara dalam filemĀ The Lion King versi Hindi, dijangkakan Disney akan mendapat pulangan besar berdasarkan populariti pelakon tersebut yang dianggap antara bintang terkenal dalam dunia lakonan antarabangsa.
Filem ‘live action’ The Lion King ini merupakan adaptasi dari filem animasi klasik Disney pada tahun 1994 dengan judul sama. Ia berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta. Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.
The Lion KingĀ akan menemui penonton di Malaysia 18 Julai 2019