Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Setiap Saat Dunia Akan Musnah Dalam Trailer Crisis On Infinite Earths

The CW telah melancarkan trailer promo terbaru siri crossover Crisis on Infinite Earths yang memaparkan para adiwira cuba untuk menghentikan Anti-Monitor memusnahkan dunia ‘multiverse’. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Crisis on Infinite Earths berdasarkan siri komik terhad berjudul sama karya Marv Wolfman dan George Perez.

Crossover akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 9 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Acara crossover akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan diakhir dengan siaran siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

https://youtu.be/HBLrm7xxxlM

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Adakah Loki Akan Mencapai “Tujuan Gemilangnya”?

Kakimuvee

Leave a Comment