Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Setelah Lama Tergendala, Kini Sekuel Maleficent Dalam Proses Pembikinan

Disney dilaporkan sedang mengumpul segala bahan dan krew untuk menghasilkan sekuel filem Maleficent tidak lama lagi. Filem pertama diterbitkan pada 2014 dengan mencatat kutipan yang cukup memberangsangkan sebanyak $758  juta seluruh dunia.

Kemudian, Disney mengumumkan bakal mengeluarkan sekuel pada tahun 2015, tetapi sejak dari hari itu, tiada perkembangan terbaru mengenai filem yang dibintangi oleh Angeline Jolie itu.

Menurut laporan dari The Tracking Board, penulis lakonlayar filem Cruella, Jez Butterowrth telah diambil untuk menulis semula skrip filem Maleficent 2. Butterworth yang juga penulis skrip untuk filem dua filem James Bond, Spectre dan Edge of Tomorrow, telah mengambilalih tugas Linda Woolverton yang sebelum ini menulis draf skrip filem berkenaan.

Joe Roth, penerbit filem pertama akan menerbitkan sekuel filem ini dan Angelina Jolie dijangkan akan membawa kembali wataknya dalam filem kedua akan datang.

Related posts

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Leave a Comment