Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Set Penggambaran “Kingdom: Ashin Of The North” Terbakar, Tiada Kecederaan Dilaporkan

Insiden kebakaran telah berlaku di set penggambaran siri Netflix, Kingdom: Ashin of the North. 

Sebuah istana di Set Terbuka Gaeun yang terletak di Wilayah Gyeongsang Utara terbakar pada 7 Januari jam 1:42 petang waktu tempatan. Api dapat dipadamkan sepenuhnya selepas satu jam.

Kebakaran itu berpunca sewaktu krew Kingdom cuba untuk mencairkan salji dengan menggunakan lampur obor. 

Sumber dari Kingdom menjelaskan, “Api itu tercetus ketika proses mencairkan salji, dan tiada yang cedera. Kami kembali menjalani penggambaran setelah pemeriksaan menyeluruh dibuat terhadap set tersebut. Kami akan memastikan keselamatan di set penggambaran.”

Kebakaran bermula diluar istana sebelum merebak ke bahagian dalam. Sebahagian dari istana telah musnah semasa proses memadamkan api, dan sembilan jentera bomba telah dihantar ke lokasi. 

Kingdom: Ashin of the North adalah episod khas untuk karakter Ashin, dan lanjutan dari Kingdom musim kedua. Siri tersebut dibintangi Jun Ji Hyun sebagai Ashin dan Park Byung Eun sebagai Min Chi Rock. Penggambaran telah bermula pada Ogos 2020, dan dijangka tayang pada tahun ini.

Related posts

8 Burning Questions We Have Before The Uncanny Counter Ends

Zulaikha

Suami Kim So Yeon, Lee Sang Woo Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam “The Penthouse” Musim Kedua

Zulaikha

13 Filem Jepun Yang Mampu Menyentuh Hati Anda

Zulaikha

“The Uncanny Counter” & Moon Ga Young Kuasai Tempat Pertama Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Cho Seung Woo & Park Shin Hye Bergandingan Untuk Selamatkan Dunia Dalam Teaser “Sisyphus: The Myth”

Zulaikha

Kim Seon Ho Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam Drama “Run On”

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating