Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Sesuatu Yang Pelik Dalam TV Spot Maleficent: Mistress of Evil

TV Spot terbaru Maleficent: Mistress of Evil terbitan Walt Disney Pictures telah dilancarkan. Ia memaparkan beberapa rakaman baru yang mampu membuatkan anda tidak sabar untuk menontonnya. Anda boleh saksikan TV Spot filem ini dipemain video dibawah.

Berlatarbelakangkan selepas beberapa tahun sejak filem pertama Maleficent yang diterbitkan pada tahun 2014, Maleficent: Mistress of Evil akan meneroka hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk itu dan Puteri Aurora, yang bakal menjadi ratu. Dalam pergelutan mereka untuk melindungi kawasan mereka dan makhluk ajaib di sana, muncul musuh baru.

Diarahkan Joachim Rønning, filem kedua ini ditulis oleh penulis skrip Linda Woolverton dan Micah Fitzerman-Blue & Noah Harpster.

Angelina Jolie dan Elle Fanning kembali membawakan watak masing-masing iaitu pari-pari Maleficent dan Princess Aurora, mereka turut dibantu beberapa pelakon lain iaitu Ed Skrein, Sam Riley, Harris Dickinson, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville, Chiwetel Ejiofor, dan Michelle Pfeiffer.

Maleficent: Mistress of Evil akan mula ditayangkan dipawagam tempatan pada 17 Oktober 2019

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment