Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Sesuatu Telah Memburu Mereka Dalam Trailer Filem “Underwater”

20th Century Fox telah melancarkan trailer pertama filem sains fiksyen seram berjudul Underwater arahan William Eubank. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Underwater mengisahkan tentang sekumpulan krew pengkaji yang perlu menyelamatkan diri selepas makmal bawah laut mereka musnah akibat gempa bumi. Mereka bagaimanapun, terpaksa berhadapan dengan makhluk purba yang muncul secara tiba-tiba selepas kejadian bencana alam itu.

Filem ini dibintangi pelakon seperti Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr., Mamoudou Athie, dan T.J. Miller

Skrip ditulis oleh Brian Duffield dan Adam Cozad, manakala penerbit terdiri daripada Peter Chernin, Tonia Davis dan Jenno Topping.

Walt Disney Studios Motion Pictures akan mengedarkan filem ini dan tarikh tayang telah ditetapkan pada 10 Januari tahun hadapan.

Related posts

Tonton Trailer Penuh “My Hero Academia: World Heroes’ Mission”

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

Ryan Reynolds Baru Tahu Dia Adalah NPC Dalam Trailer “Free Guy”

Kakimuvee

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating