Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Seruan Yang Membawa Padah Dalam Trailer Filem Seram Queen Of Spades


Kenakalan yang membawa padah, menyeru entiti jahat yang bakal meragut nyawa, 26 Disember ini, TGV Pictures membawakan kepada anda, sebuah lagi filem seram berjudul Queen of Spades: Through The Looking Glass yang bakal memberikan ketakutkan kepada anda.

Filem arahan Aleksandr Domogarov Jr. ini mengisahkan tentang para pelajar di sebuah sekolah berasrama, yang dulunya sebuah rumah agam terbiar, bercerita tentang kisah seram mengenai kanak-kanak yang dibunuh dalam rumah tersebut pada kurun ke-19 oleh pemilik lama, Countess Balinskaya.

Suatu hari, ketika menerokai bangunan lama sekolah itu, para pelajar tersebut menjumpai sebuah cermin yang mempunyai lukisan misteri di atasnya. Dengan niat untuk bergurau, mereka berdiri di hadapannya dan membaca sebuah mantera, memanggil roh Queen of Spades untuk menunaikan hajat mereka.

Tanpa mereka ketahui, nyawa mereka akan diambil sebagai ganti kepada setiap hajat mereka.

Queen of Spades: Throght the Looking Glass dibintangi pelakon seperti Angelina Strechina, Daniil Muravyev-Izotov, Vladislav Konoplyov dan Claudia Boczar. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.



Related posts

Adaptasi Dari Filem Rom-Com Terkenal Korea, “My Sassy Girl” Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 4 Ogos Ini

Kakimuvee

TGV Pictures Akan Menayangkan “Orphan: First Kill” Di Pawagam Pada 4 Ogos.

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha