Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sertai Pengalaman Baharu Cartoon Network Bertema, Redraw Your World dengan Tayangan Perdana We Baby Bears & Rancangan Baharu Yang Lain!


Siaran Media:

Sejak 8 Januari yang lalu, para penonton Cartoon Network sekitar Asia dapat menikmati pengalaman saluran yang diberi nafas baharu, “Redraw Your World”, bermula dengan tayangan perdana siri asal Cartoon Network We Baby Bears di Cartoon Network (Astro Ch 615). Saksikan episod baharu yang akan ditayangkan setiap hujung minggu pada pukul 10.30 pagi.

Bukan hanya diperbaharui dengan kualiti menyegarkan dari segi rona, muzik dan rekaan tetapi juga, rancangan-rancangan hebat baharu dicipta demi audiens yang lebih luas dalam kalangan kanak-kanak tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Dengan naratif mengujakan dan karakter-karakter penuh warna di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD), “Redraw Your World” memberi galakan terhadap golongan kanak-kanak untuk terus menjadi diri mereka sendiri dan yakin dengan kemampuan untuk memberi impak perubahan sama ada dalam cara kecil mahupun besar.

Siri We Baby Bears, dengan cerita tentang tiga ekor beruang yang cuba menyesuaikan diri dengan situasi baharu, merupakan gambaran sempurna untuk saluran Cartoon Network meletakkan dan memberi naratif kepada “Redraw Your World”. Kartun tersebut menampilkan lagu K-pop yang diberi nafas baharu berjudul “The Bha Bha Song (We Baby Bears Theme)” dendangan asal kumpulan, TRI.BE.


Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang untuk menyambut kedatangan “Redraw Your World” dengan stesen coretan pop timbul yang hebat dan siri video “Craft Your World” yang dikuasakan oleh rakan kongsi rasmi kempen berkenaan, Crayola di Sunway Pyramid sekitar Februari nanti. Dengan inspirasi dan alatan untuk menyuburkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak, mereka dijemput untuk mengekspresikan diri dan membiarkan imaginasi mereka bebas dengan melukis atau mencoretkan visi mereka tentang dunia yang mereka mahu diami. Untuk lebih informasi dan apa yang boleh dijangkakan, nantikan kemaskini laman sesawang dan platform media sosial Cartoon Network Asia dan Crayola dari semasa ke semasa!

Untuk lebih pengalaman mengujakan di media sosial, ikuti @cartoonnetworkasia dan kongsi semua momen-momen Redraw Your World dengan tanda pagar, #RedrawYourWorld dan #CartoonNetwork.

Lanjut tentang rancangan baharu Cartoon Nertwork

We Baby Bears merupakan sebuah ‘spin-off’ rancangan kegemaran Cartoon Network, We Bare Bears. Siri baharu ini menceritakan tentang pengembaran Grizz, Panda dan Ice Bear – pada masa mereka yang lebih muda usianya – dalam kotak ajaib ke pelbagai dunia baharu yang hebat untuk mencari satu-satunya tempat yang boleh mereka duduki buat selamanya. Sepanjang perjalanan, mereka bertemu kawan baru dan pelajari banyak perkara baharu tentang kehidupan dan erti kekeluargaan. Siri ini ditayangkan di Cartoon Network (Astro Ch 615) pada pukul 10.30 pagi setiap hujung minggu.

Siri berkenaan turut boleh ditonton di saluran Boomerang (Astro Ch 619), HBO (Astro Ch 411), HBO Family (Astro Ch 414), Oh!K (Astro Ch 394) dan secara penstriman di HBO GO. Tonton sorotan ringkas di sini: 

Dalam pada itu, rancangan baharu lain yang turut diluncurkan pada 2022 ialah Jellystone! yang memulakan tayangan pada Sabtu, 22 Januari pukul 6 petang dan dibintangi Yogi Bear, Cindy Bear, Boo Boo di samping beberapa karakter lain yang selalunya menghadapi masalah yang melucukan di bandar kecil bernama Jellystone. Untuk sorotan ringkas: 

https://youtu.be/X57XTTOIhOg

Akhir sekali, Tom and Jerry in New York melebarkan lagi kenakalan Tom dan Jerry di Manhattan, dengan episod-episod baharu diluncurkan bermula 15 Januari pukul 10 pagi dan filem-filem Harry Potter and The Order of the Phoenix dan Harry Potter and The Half Blood Prince ditayangkan pada 8 dan 22 Januari pukul 8 malam. 


Related posts

Tom & Jerry Berebut Durian Dalam Episod Pertama Siri Terbaru

Kakimuvee

Jom Sambut Raya Bersama Mechamato, Cartoon Network & Monsta

Kakimuvee

Jenama TV Baharu ‘Cartoonito’ Ajak Si Kecil Gelak Ketawa, Bermain Sambil Belajar

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Sambut 20 Tahun Magis Filem HARRY POTTER Bersama Cartoon Network & HBO GO

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee