Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Seram & Sesak Nafas Dalam Trailer Red Band “Don’t Breathe 2”

Sony Pictures telah melancarkan trailer ‘red band’ Don’t Breathe 2, yang menampilkan kepulangan bintang Avatar Stephen Lang sebagai Blind Man. 

Dalam trailer yang anda boleh lihat di bawah, ‘Blind Man’ telah melakukan beberapa serangan ‘brutal’ dan membunuh’ terhadap sekumpulan penceroboh rumahnya. Rakaman-rakaman terbaru itu memberi idea kepada penonton tentang apa yang diharap mereka dalam filem akan datang.

Filem terbaru ini dijadualkan tayangan pada 13 Ogos ini, dan bakal berentap dengan beberapa filem berprofil tinggi termasuklah filem aksi-komedi terbitan 20th Century Studio Free Guy dan filem biopik Respect lakonan Jennifer Hudson. 

Don’t Breathe 2 ditetapkan beberapa tahun selepas pencerobohan rumah yang mematikan, di mana ia akan terus berpusat di sekitar Norman Nordstrom atau Blind Man, yang kini hidup dalam keadaan tenang sehinggalah dosa-dosanya yang lalu kembali menimpanya. 

Filem sekuel ini diarahkan oleh Rodo Sayagues, yang turut menulis lakon layar bersama Fede Alvare. Stephen Lang kembali memainkan watak utama bersama Brendan Sexton III, dan Madelyn Grace.

Don’t Breath 2 diterbitkan oleh Alvarez, Sam Raimi dan Robert Tapert, manakala Lang, Nathan Kahane, Joe Drake, Erin Westerman, Andrew Pfeffer, dan Rick Jacobson berfungsi sebagai penerbit eksekutif. 

Filem pertama Don’t Breathe yang ditayangkan pada Ogos 2016 berjaya meraih $157 juta seluruh dunia dengan modal pembikinan hanya mencecah $10 juta dolar. Filem yang turut dibintangi Jane Levy, Dylan Minnette, dan Daniel Zovatto itu mengisahkan tentang tiga sahabat yang menceroboh rumah yang dihuni lelaki buta untuk merompak wang. Bagaimanapun, mereka terperangkap dan mula menjadi buruan lelaki tersebut yang juga merupakan bekas askar.

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment