Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sequel Filem XX-Ray 3 Sedang Dalam Proses Pra-Produksi

xxray2

Selepas filem XX-Ray 2 ditayangkan pada tahun 1995, Pengarah Aziz M. Osman mula berkira-kira untuk menghasilkan sequel filem XX-Ray 3 tidak lama lagi. Permintaan daripada peminat filem tersebut menjadi sebab mengapa pengarah tersebut ingin menghasilkan sequel filem Sains fiksyen tempatan itu.

Aziz, 52, bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum mempunyai jangka masa tertentu untuk menyiapkan filem berkenaan kerana ia masih dalam peringkat pra-produksi.

“Sebenarnya sejak tamatnya XX-Ray 2 yang ditayangkan pada 1995, saya sudah diminta untuk menghasilkan sequel terbaru karya tersebut”

Berkata kepada mStar online baru-baru ini, Aziz menegaskan bahawa beliau tidak boleh terburu-buru dalam pembikinan filem tersebut. Ini kerana banyak aspek perlu diberi perhatian  dalam pembikinan filem bergenre sci-fi.

Aziz M Osman
sumber: mStar online

Azizi mengambil masa selama 20 tahun sebelum membuat keputusan untuk menulis sequel terbaru filem berkenaan kerana ingin memastikan plot yang ditampilkan segar dan tidak ketinggalan zaman.

Aziz M. Osman merupakan pengarah yang sangat berbakat, karya beliau banyak menghasilkan filem-filem menarik antaranya siri filem Senario, Leftenan Adnan, Puteri Impian dan juga drama yang diminati ramai pada zaman 90-an, Cili Padi. Selain daripada kebolehan mengarah filem, Aziz juga merupakan seorang pelakon.

Info terbaru mengenai filem XX-Ray 3 seperti tarikh jangka ditayangkan akan dimaklumkan kemudian.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment