Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Sepahtu Bakal Terbitkan Filem Sendiri

Pelakon dan pelawak popular Jep Sepahtu memberitahu bahawa dia dan ahli kumpulan Sepahtu yang lain kini dalam perancangan untuk menerbitkan sendiri sebuah filem komedi mereka.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin bagaimanapun tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai filem tersebut kerana ia masih lagi di peringkat awal.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai status hubungannya dengan pelakon jelita Sari Yanti yang dikatakan kekasihnya ketika ini, pelawak berusia 32 tahun itu menafikan gosip tersebut dan berkata hubungan mereka ketika ini hanya sebagai teman baik.

“Buat masa ini apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.

“Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala,” katanya yang dipetik dari BH Online.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment