Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Seo Ye Ji, Park Byung Eun Disahkan Bintangi Drama Terbaru tvN

Drama tvN yang akan datang, Eve’s Scandal (tajuk literal) telah memuktamadkan barisan pelakonnya dan mulakan penggambaran.

Pada 21 November, sumber dari tvN mendedahkan, “Drama ‘Eve’s Scandal telah mengesahkan Seo Ye Ji, Park Byung Eun, Yoo Sun, dan Lee Sang Yeob sebagai pelakon utama. Kami memulakan penggambaran hari ini.” Menurut Star Today, Seo Ye Ji akan menyertai rakan-rakannya di set penggambaran pada 24 November.

Eve’s Scandal adalah drama percintaan yang menceritakan kisah dalaman tuntutan cerai 2 trilion won (kira-kira $1.7 bilion) oleh seorang chaebol yang telah mengejutkan seluruh negara.

Seo Ye Ji dilaporkan memainkan peranan sebagai Lee Ra El, yang dilahirkan antara bapa yang genius dan ibu yang cantik. Selepas melalui hubungan keluarga yang malang, dia berubah menjadi seorang wanita yang diibaratkan seperti “bunga berbahaya” dengan daya tarikan yang membawa maut. Dia adalah wanita di tengah-tengah tuntutan perceraian yang sangat mahal. Park Byung Eun akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan korporat No. 1 dalam dunia kewangan.

Lee Sang Yeob membawa watak sebagai Seo Eun Pyung, seorang peguam hak asasi manusia yang menyerahkan segala-galanya untuk cinta apabila dia bertemu dengan Lee Ra El. Yoo Sun memainkan watak Han So Ra, anak perempuan tunggal ahli politik berkuasa Han Pan Ro yang berkahwin dengan keluarga chaebol syarikat LJ Group. Dia kelihatan cantik dan yakin, tetapi dalamannya tidak stabil dan taksub untuk kekal muda.

Eve’s Scandal ditulis oleh Yoon Young Mi (The Good Witch, Birth of the Beauty, Bride of the Sun) dan dijadualkan tayangan pada separuh pertama tahun 2022.

Sumber: Soompi

Related posts

Drama Korea iQiyi Pertama ‘My Roommate is a Gumiho’ Catat 100 Juta Tontonan Serata Dunia

Zulaikha

5 Sebab ‘Raging Fire’ Menjadi Filem Yang Menarik Untuk Ditonton Pada Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Jin Wook Berjanji Untuk Lindungi Kwon Nara Dalam Teaser “Bulgasal” Yang Penuh Suspen

Zulaikha

Nikmati K-idola Terhebat Dalam Festival Muzik & Anugerah Di Astro

Kakimuvee

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Leave a Comment