Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Seo Ye Ji Keluar Dari Drama Terbaru OCN


Pelakon Seo Ye Ji telah membuat keputusan untuk keluar dari drama OCN akan datang bertajuk Island. 

Menurut sumber dari media OSEN (via Allkpop), Seo Ye Jin tidak akan membintangi drama OCN akan datang, dan pasukan produksi telah membuat keputusan untuk menyunting semula skrip. Suntingan skrip terpaksa dibuat memandangkan penulis drama merancang setiap watak akan menjadi se’realisitik’ mungkin, berdasarkan pelakon yang akan memainkan watak itu. 

Seo Ye Ji sepatutnya memainkan peranan sebagai Won Mi Ho, pewaris ‘chaebol’ yang mengunjung sebuah pulau, dan berusaha untuk mengubahnya menjadi keuntungan tetapi akhirnya bertemu dengan raksasa. 

Diadaptasikan dari webtoon, Island merupakan drama mengenai sebuah pulau yang indah berhampiran Jeju, yang terletak di selatan Korea Selatan. Pulau ini menyembunyikan rahsia yang sangat mendalam – iaitu raksasa yang berusaha membasmi semua jejak manusia di pulau itu dari masa ke masa.

Drama 20 episod itu pada asalnya dijadualkan menjalani penggambaran pada Jun ini, tetapi telah ditunda sehingga penghujung Julai atau Ogos. Pasukan produksi kini sedang mencari pelakon wanita utama yang bakal menggantikan tempat Seo Ye Ji.


Artikel telah disunting pada 14/4/2021 @ 11.13pm


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee