Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Seo Ye Ji Bimbang Suaminya Kim Kang Woo Adalah Pembunuh Dalam Gambar Terbaru “Recalled”

Filem terbaru lakonan Seo Ye Ji dan Kim Kang Woo, Recalled (juga dikenali sebagai Memory of Tomorrow), telah kongsikan beberapa gambar terbaru yang memaparkan ketegangan dinamik antara dua watak utama. 

“Recalled” adalah filem thriller misteri mengenai seorang wanita bernama Soo Jin (Seo Ye Ji) yang mula melihat masa depan setelah kehilangan ingatannya. Ketika dia secara beransur-ansur mengumpulkan serpihan ingatannya yang membingungkan, dia berhadapan dengan kebenaran yang mengejutkan mengenai suaminya Ji Hoon (Kim Kang Woo)

Soo Jin dan Ji Hoon adalah pasangan suami isteri yang bahagia dan saling berkasih sayang, dan setelah Soo Jin kehilangan ingatannya, suaminya yang setia telah menguruskan setiap keperluannya dengan penuh kasih sayang. Namun, setelah dia menyedari bahawa Ji Hoon adalah pembunuh yang dilihatnya pada masa depannya, Soo Jin mula merasa curiga terhadapnya.

Sementara itu, Ji Hoon sukar untuk mempercayai bahawa Soo Jin benar-benar dapat melihat masa depan, dan dia merasakan isterinya mengalami gejala gangguan psikologi.

Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru “Recalled” dibawah. 

Recalled akan ditayangkan di Korea pada 21 April ini

Sumber: Soompi

Related posts

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular Untuk Minggu Ke-4 Berturut-Turut

Zulaikha

Leave a Comment