Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Senyap! Trailer Terbaru A Quiet Place Telah Dilancarkan

Trailer filem seram terbaru yang bakal membuatkan anda berdebar, A Quiet Place telah dilancarkan sebentar tadi. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

A Quiet Place dibintangi oleh pasangan suami isteri, John Krasinski dan Emily Blunt dan diarahkan sendiri oleh John Krasinski. Berlatarbelakangkan zaman ‘post apocalypse’, A Quite Place mengisahkan sebuah keluarga yang perlu hidup dalam keadaan senyap untuk mengelakkan dari dibunuh makhluk supernatural yang memburu mangsanya sekirannya mendengar sebarang bunyian.


Dengan tagline “If they hear you, they hunt you”, filem ini akan menampilkan dialog yang sangat minimal kerana senyap adalah kunci untuk keluarga ini selamat.

A Quiet Place diterbitkan oleh Michael Bay dan lakonlayar ditulis oleh John Krasinski bersama-sama Andrew Form dan Brad Fuller.

Anda rasa Don’t Breathe mendebarkan? tonton filem ini yang bakal ditayankan pada 6 April 2018

Related posts

[VIDEO] Buaya Menyanyi Riang Ria Dalam Teaser “Lyle, Lyle, Crocodile”

Kakimuvee

Trailer “Stranger Things” Musim 4 Jld. 2 Goda Penamat Yang Dramatik

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Thor: Love And Thunder” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

“Kung Fu Panda: The Dragon Knight” Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 14 Julai Ini

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Max Original Film FATHER OF THE BRIDE Premieres June 16 Exclusively On HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment