Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Seniman Veteran Abdul Karim Abdul Latiff Meninggal Dunia

Karim-Latiff

SENIMAN veteran Abdul Karim Abdul Latiff yang lebih dikenali sebagai Karim Latiff meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini akibat kanser paru-paru.

Beliau berusia 78 tahun.

Menantu Allahyarham, Norzawati Zainal, 41, berkata bapa mertuanya dimasukkan ke HKL pada 8 Ogos lepas dan meninggal dunia pada 11.30 pagi tadi.

“Dia semakin uzur sejak Aidilfitri selepas ada jangkitan di paru-paru,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, Gombak selepas solat Asar.

Abdul Karim, yang seangkatan seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, popular menerusi lakonan Ahmad Albab, Anak Bapak, Masam-masam Manis dan Keluarga 69.

Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, beliau meninggalkan isteri Che Asma Hussain dan lima anak iaitu Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita, Izhar dan Izralfiddin. – Bernama

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee