Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Seniman A Rahman Hassan Telah Meninggal Dunia


Seniman tanah air, Datuk A Rahman Hassan dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 73 tahun, di Hospital Ampang, jam 12.40 malam tadi.

Pekara tersebut disahkan oleh anak sulungnya, Khir Rahman.

Allahyarham yang popular pada era 1960-an bersama Orkes Nirwana telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin lalu itu menyaksikan A Rahman diselamatkan serta dihantar ke hospital menaiki ambulans. Khir memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Katanya, jenazah bapanya akan dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.


Jenazah ayahnya kemudian akan dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan yang turut menempatkan jenazah isterinya, Allahyarham Datin Azizah Mohamad yang meninggal dunia pada 26 April 2013.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee