
Poster promosi baharu untuk Thor: Love and Thunder yang akan datang telah didedahkan, mempamerkan beberapa penampilan baharu untuk watak utama serta memberikan kepada peminat pandangan pertama Jane Foster sebagai ‘Goddess of Thunder.’
Poster baharu itu, yang dikongsikan di atas talian dan seolah-olah diambil dari rak poster sebuah kedai, dipenuhi banyak watak termasuklah Thor, lakonan Chris Hemsworth, dengan kostum terbaru, Valkyrie, dan yang paling penting, watak lakonan Natalie Portman, Jane Foster, dengan sut ‘Goddess of Thunder’ sambil memegang Mjlonir.
Buat masa ini tidak dipastikan sejauh mana ketepatan poster itu, jika ianya tepat, ia memberi gambaran kepada kita tentang filem terbaru yang akan dilancarkan tahun hadapan. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.
AYYYYOOOOOOOOOOO #ThorLoveandThunder pic.twitter.com/wVAlUOdx9A
— EMPEROR BOSS (@GodEmperorBoss) December 11, 2021
Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru MCU ini merupakan kesinambungan Thor: Ragnarok (2017), dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame.
Pemenang Oscar Natalie Portman kembali meneruskan peranannya sebagai Jane Foster, dan kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson kembali meneruskan peranan mereka sebagai Thor dan Valkyrie, dan mereka berdua disertai pemenang anugerah Academy, Christian Bale (trilogi The Dark Knight) sebagai antagonis utama ‘Gorr the Bucther’.
Jaimie Alexandar turut kembali sebagai Sif, manakala ahli ‘Guardians of the Galaxy’ turut terlibat dalam filem keempat Thor. Christ Pratt akan memainkan peranan sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel akan membuat penampilan sebagai Groot.
Jalan cerita Thor wanita berdasarkan pada plot komik “The Mighty Thor” karya Jason Aaron di mana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih mantle dan kekuatan Thor. Thor dan Valkyrie terakhir kali dilihat dalam filem terlaris sepanjang zaman “Avengers: Endgame”, dengan Dewa Petir memberikan tanggungjawabnya sebagai Raja Asgard kepada Valkyrie ketika dia bergabung dengan Guardians of the Galaxy dalam misi mereka yang seterusnya.
Thor: Love and Thunder akan ditayangkan di pawagam pada 6 Mei 2022.