Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Senarai Siri Terbaru Marvel Yang Diumumkan Semasa Disney+ Day


penci_ads id=”penci_ads_14″]

Marvel Studios telah memperkenalkan beberapa rancangan baharu seterusnya, yang merangkumi siri aksi-nyata dan juga animasi. Secara keseluruhannya, terdapat lima rancangan baru untuk perkhidmatan streaming Disney+ : Dua siri aksi-nyata yang dihasilkan Marvel Studios, dan tiga siri animasi dari Marvel Studios Animation, sebuah syarikat baru yang diketuai veteral Marvel Brad Winderbaum.

Dua watak dari siri MCU Disney+ telah mendapat sirinya sendiri. Echo (Alaqua Cox) telah menerima sirinya sendirinya, yang juga merupakan spin-off dari peristiwa siri Hawkeye, manakala Agatha Harkness (Kathryn Hahn) turut mendapat sirinya sendiri selepas menjadi karakter kegemaran peminat dalam WandaVision. 

Anda boleh lihat senarai penuh siri terbaru Marvel dibawah yang diumumkan semasa DIsney+ Day

Echo

Echo merupakan spin-off kepada siri Hawkeye – yang akan dilancarkan pada 24 November ini. Rancangan terbaru Marvel Studios ini menampilkan Alaqua Cox sebagai watak utama, dan ini merupakan penampilan keduanya dalam MCU selepas membuat debut dalam siri Hawkeye. Ini merupakan projek pertama Marvel Studios yang menampilkan pelakon Orang Asli Amerika sebagai peranan utama, serta projek kedua yang menampilkan pelakon OKU pendengaran selepas Eternals. 


Agatha: House of Harkness

Harkness akan kembali ke Marvel Cinematic Universe dalam sirinya sendiri yang bertajuk Agatha: House of Harkness. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan siri ini, lebih-lebih lagi Agatha adalah watak yang tidak semestinya mempunyai banyak bahan sumber untuk diambil. Tajuknya memberi petunjuk bahawa kita akan menggali dengan lebih dalam mengenai watak itu, dan berpotensi membawa peminat ke New Salem sambil memperkenalkan anaknya, Nicholas Scratch. 

Marvel Zombies

Selepas menerima pujian dalam siri Marvel’s What If…?, kisah legenda Marvel Zombies kini mendapat siri animasinya sendiri yang akan dihasilkan oleh Marvel Studios Animation. Sebelum ini terdapat desas-desus mengenai perancangan siri aksi-nyata Marvel Zombies, namun maklumat itu di’twist’ sedikit dan disahkan menjadi salah-satu projek animasi. 

Spider-Man: Freshman Year

Marvel Studios Animation turut melancarkan siri animasi bahary yang menampilkan adiwira kegemaran ramai. Spider-man: Freshman Year adalah siri animasi yang ditetapkan sebelum Peter Parker digigit labah-labah dan mengubahnya menjadi salah satu adiwira Marvel yang paling terkenal.

X-Men ’97

Siri animasi Marvel yang akan mengamit memori peminat, lebih menarik ianya akan bersambung dari X-Men: The Animated Series!. Marvel Studios Animation mengumumkan bahawa mereka akan memulakan kembali kartun kegemaran peminat. X-Men ’97 adalah kesinambungan dari siri asal, dan akan menampilkan barisan kreatif yang sama serta pelakon suara yang sama seperti dalam siri kartun klasik.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee