Berita

Senarai Shared Universe Yang Ada Dalam Dunia Perfileman

Views

Selain Marvel Cinematic Universe (MCU), MonsterVerse & DC Extended Universe (DCEU) apa lagi "shared universe" yang anda tahu?

Sudah trend studio-studio Hollywood untuk menghasilkan "Shared Universe" berbanding menghasilkan filem 'standalone'. Tapi tahukah anda, apa itu "Shared Universe?"

Menurut kitab terulung di alam semesta Google iaitu Wikipedia, "shared universe" adalah sekumpulan karya kreatif di mana lebih daripada satu penulis (atau artis lain) secara bebas menyumbang karya yang dapat berdiri sendiri tetapi sesuai dengan pengembangan jalan cerita, watak, atau dunia keseluruhan projek.

Dalam arti kata lain, penulis-penulis kreatif ini akan duduk semeja sambil membalut rokok daun untuk membincangkan tentang sebuah filem tetapi boleh dimasukkan dalam perancangan jalan cerita, karakter untuk sesebuah projek secara keseluruhan. Sebagai contoh, MCU yang mempunyai pasukan kreatif yang sangat efektif dalam menghasilkan sebuah shared universe.

Universal Classic Monsters merupakan 'shared universe' pertama yang diwujudkan dalam dunia perfileman. Ia dimulakan dengan filem The Phantom of the Opera yang diterbitkan pada tahun 1925, dan disusuli beberapa francais filem seperti DraculaFrankensteinThe MummyThe Invisible ManThe Wolf Man dan Creature from the Black Lagoon.

'Shared universe' kedua dalam sejarah perfileman adalah Toho Universe yang bermula pada tahun 1954 sehingga 1975. Filem pertama dalam Toho Universe adalah Godzilla dan melibatkan karakter kaiju seperti Godzilla, Rodan dan Mothra.

Terdapat banyak 'shared universe' sejak ia mula diperkenalkan, antaranya:

  • Universal Monsters (1931- 195)
    • Filem asal: Dracula
    • Karakter Berkaitan: Dracula, Frankenstein, The Invisible Man & The Wolf Man
  • Toho (1954-1975)
    • Filem asal: Godzilla
    • Karakter berkaitan: Godzilla, Rodan dan Mothra
  • Alien vs. Predator (1979 - Sekarang)
    • Filem asal: Alien
    • Karakter berkaitan: Alien & Predator
  • Freddy vs. Jason (1980-2003)
    • Filem asal: Friday the 13th
    • Karakter berkaitan: Jason Voorhees & Freddy Krueger
  • Full Moon Features (1989 - 2016)
    • Filem asal: Puppet Master
    • Karakter berkaitan: Demonic Toys, Puppet Master, Dollman & Bad Channels
  • View Askewniverse (1994 - Sekarang)
    • Filem asal: Clerks
    • Karakter berkaitan: Jay & Silent Bob
  • Lake Placid vs. Anaconda (1997 - 2015)
    • Filem asal: Anaconda
    • Anaconda and Lake Placid
  • Sadako vs. Kayako (1998-2016)
    • Filem asal: Ring
    • Karakter berkaitan: The Ring (Japanese films) and Ju-On (Japanese films)
  • Unbreakable film series (2000-2019)
    • Filem Asal: Unbreakable
    • Karakter berkaitan: David Dunn, Kevin Wendell Crumb and Elijah Price / Mr. Glass
  • Marvel Cinematic Universe (2008-Sekarang)
    • Filem asal: Iron Man
    • Karakter berkaitan: Iron Man, Hulk, Thor, Captain America, The Avengers, The Guardians of the Galaxy, Ant-Man, Wasp, Doctor Strange, Spider-Man, Black Panther, Captain Marvel, Black Widow, Eternals, Shang-Chi & Blade
  • DC Extended Universe (2013-Sekarang)
    • Filem asal: Man of Steel
    • Karakter berkaitan: Superman, Batman, Suicide Squad, Wonder Woman, Justice League, Aquaman, Shazam, & Birds of Prey
  • MonsterVerse (2014 - Sekarang)
    • Filem asal: Godzilla
    • Karakter berkaitan: Godzilla & King Kong

Terdapat juga definisi 'shared universe' yang membenarkan satu karya asal dibahagikan kepada beberapa filem / francais dengan karakter yang berbeza tetapi berkongsikan kesinambungan filem secara keseluruhannya.

Berikut adalah karya asal yang dibahagikan sehingga menjadi 'shared universe'.

  • Rocky (1976 - Sekarang)
    • Filem asal: Rocky
    • Francais berkaitan: Rocky & Creed
  • The Mummy (1999 - 2018)
    • Filem asal: The Mummy
    • Francais berkaitan: The Mummy & The Scorpion King
  • X-Men (2000 - 2020)
    • Filem asal: X-Men
    • Francais berkaitan: X-Men, Wolverine & Deadpool
  • Middle-earth (2001 - 2014)
    • Filem asal: The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring
    • Francais berkaitan: The Lord of the Rings & The Hobbit
  • Wizarding World (2001-  Sekarang)
    • Filem asal: Harry Potter and the Philosopher's Stone
    • Francais berkaitan: Harry Potter & Fantastic Beasts
  • Cars (2006 - Sekarang)
    • Filem asal: Cars
    • Francais berkaitan: Cars & Planes
  • Despicable Me (2010 - Sekarang)
    • Filem asal: Despicable Me
    • Francais berkaitan: Despicable Me & Minions
  • The Conjuring Universe (2013 - Sekarang)
    • Filem asal: The Conjuring
    • Francais berkaitan: The Conjuring, Annabelle, The Nun & The Curse of La Llorona
  • The Lego Movie (2014 - Sekarang)
    • Filem asal: The Lego Movie
    • Francais berkaitan: The Lego Movie, The Lego Batman Movie & The Lego Ninjago Movie

(sumber: wikipedia - shared universe (Movie section)

Terdapat beberapa sebab kenapa studio-studio di Hollywood memulakan projek 'shared universe'. Pertama, ia sebagai perancangan jangka panjang dengan menghasilkan filem-filem yang berbeza jalan cerita serta karakter tetapi berkait diantara satu sama lain. Apabila filem-filem disusun dan ditonton secara maraton, anda akan merasai pengalaman seperti menonton sebuah sinetron Indonesia tetapi ala Hollywood.

Sebab lain, adalah nafsu ingin cepat kaya studio dengan menghasilkan sebuah filem dari dua karakter popular dan disatukan dalam satu shared universe seperti Freddy Krugger dan Jason. Nafsu inilah telah mendorong idea gila babi pengarah dan penerbit filem G.I Joe 3 untuk menghasilkan 'crossover' antara G.I Joe dan Transformers, dan secara tidak langsung mewujudkan Hasbro Shared Universe. Ini kerana, jika kedua-dua filem berkenaan digabungkan, ia akan menjana duit poket studio berkali-kali ganda lebih banyak jika dibandingkan  dengan filem 'standalone'.

Walaubagaimanapun, terdapat juga shared universe yang terpaksa berhenti di pertengahan jalan. Puncanya, kegagalan komersial filem pertama atau gagal mendapat tempat di hati penonton selepas mengeluarkan beberapa filem. Ada juga yang terpaksa dihenti oleh pihak studio atas sebab-sebab tertentu.

Berikut adalah shared universe yang dianggap gagal.

  1.  Dark Universe
  2. X-Men Origins
  3. The Amazing Spider-Man
  4. King Arthur
  5. Robin Hood

*Kegagalan shared universe ini akan dibincangkan dalam artikel akan datang.

Setakat ini informasi yang dapat dikongsikan. Jika anda mempunyai info tambahan, anda dialu-alu untuk menambah diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks