Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Senarai Rasmi Pelakon Filem Star Wars: Episode IX Telah Diumumkan

Walt Disney Pictures dan Lucasfilm telah mengumumkan senarai rasmi pelakon filem Star Wars: Episode IX.

Beberapa pelakon utama kembali membawakan watak masing-masing dalam filem kesembilan Star Wars saga ini iaitu Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.


Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens

“Kami tidak akan mencari pelakon lain ataupun menggunakan karakter CG (Computer Generated). Dengan sokongan dan restu dari anak perempuannya, Billie, kami menemui cara untuk menghormati legasi Carrie dan peranannya sebagai Leia dalam Episode IX, iaitu dengan menggunakan rakaman dari Episode VII (The Force Awakens) yang tidak ditunjukkan kepada umum.”  – J.J. Abrams

Star Wars: Episode IX akan memulakan penggambarannya pada 1 Ogos ini di Pinewood Studios dengan J.J. Abrams akan mengarahkan siri terakhir Star Wars saga ini. Beliau turut menulis skrip filem ini bersama-sama Chris Terrio.

Filem perang galaksi ini dijangka akan menemui penonton pada Disember 2019

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment