Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2016

sumber: mStar Online
sumber: mStar Online

Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kali ini menampilkan suasana yang berbeza apabila tahun ini ia mengabungkan beberapa peserta dari grup yang lain membuat sebuah kumpulan baharu. Selain itu juga, MLM kali ini beberapa nama besar seperti Johan, Nabil dan Zizan tidak terlibat dalam MLM 2016 kali ini.

Bagi Pengurus Saluran Astro Warna, Emarina Kamal, ianya bertujuaan menghidupkan lagi gelanggang MLM 2016 dalam memastikan rancangan lawak nombor satu negara ini sentiasa segar dan dapat menarik perhatina penonton.

MLM 2016 bakal menampilkan 15 peserta dan bakal bersiaran selama 14 minggu pada setiap Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari ini.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Berikut adalah nama-nama kumpulan dan pesert MLM 2016

  1. LOL – Tauke (Jambu), Ajak (Shiro) dan Angah
  2. Joras – Shuk (SYJ), Rahim (R2) dan Joey (Jalor)
  3. Cham – Along & Azrul
  4. Bocey – Acey, Abam & Fad
  5. Awok – Filzah, Ain & Ayie
  6. Enjen – Raja Azri, Acong & Yus
  7. Shake – Amir, Bell Ngasri & Haszmi
  8. Chilok – Chiwan, Achok dan Kamal
  9. XOLA – One, Chot dan Wan Jala
  10. Puteh – Mamak dan Ali
  11. Bos – Ezad Lazim, Ajo & Abu
  12. Bora – Isa, Yan dan Mamat (Peserta Singapura)
  13. Saywho – Vicha, Bocil Bancin dan Agus (Peserta Indonesia)
  14. Reza Mukmin – Peserta Solo
  15. Kavin Jay – Peserta Solo

Dalam pada itu, bercakap mengenai juri program berkenaan, Emarina berkata, pihaknya akan merahsiakan perkara itu terlebih dahulu dan ia hanya akan didedahkan pada minggu pertama pertandingan.

Bagaimanapun katanya, barisan juri akan tetap terdiri daripada  empat orang seperti mana musim terdahulu.

MLM 2016 masih mengekalkan Datuk AC Mizal sebagai hos manakala CK Faizal tampil menerusi segmen Pengulas Iringan. Tema untuk MLM tahun ini adalah “Spy” atau Perisik manakala sistem permarkahan masih kekal seperti tahun lepas iaitu 70 markah oleh juri tetap dan 30 daripada undian penonton.

Juara MLM 2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000.

Tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000.

Related posts

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

HBO Max Bangunkan Siri TV Live-Action “Harry Potter”

Kakimuvee

Kejar-Mengejar Berterusan! Si Tom & Jerry Bawa Kenakalan & Kekacauan Di Malaysia

Isqandar

Christopher Nolan Tidak Lagi Mahu Bekerjasama Dengan Warner Bros.

Kakimuvee

Sony Tukar Tarikh Tayangan Ghostbusters: Afterlife, Uncharted, Cinderella & Peter Rabbit 2

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating