Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Senarai Pendek Pelakon Yang Bakal Membintangi Filem Reboot Power Rangers

power-rangers-reboot-release-date-box-office

Bagi yang masih tidak mengentahuinya lagi, pihak Lionsgate akan membuat filem reboot siri kegemaran kanak-kanak iaitu Power Rangers dan dikatakan akan memulakan pengambaran pada awal tahun 2016 dan bakal ditayangkan pada 2017.

Filem reboot ini akan diarahkan oleh Dean Israelite, dan mereka telah menjanjikan kepada peminat filem ini ditujukan khas untuk orang dewasa tetapi masih boleh ditonton oleh kanak-kanak. Ini bermakna, filem reboot ini tidak seperti filem pendek Power Rangers yang dihasilkan oleh Adi Shankar yang penuh dengan keganasan dan aksi.

Filem reboot ini bakal mengisahkan pengembaraan 5 remaja yang ingin melindungi bumi dari raksasa dan supervillian dengan bantuan kuasa luar biasa yang dimiliki mereka, kostum berwarna-warni dan juga robot iaitu Zords. Khabar angin mengatakan, Ashley Miller dan penulis skrip filem X-Men: First Class adalah penulis skrip untuk filem 5 superhero ini.

Daniel Zovatto dan Naomi Scott
Daniel Zovatto dan Naomi Scott

Selain itu juga, pihak produksi juga dikatakan telah menyenarai pendek beberapa pelakon muda untuk membawa karakter-karakter Power Rangers. berdasarkan info dari laman web Varietymereka menyenaraikan beberapa nama yang diuji untuk membawa karakter-karakter dalam filem Power Rangers akan datang. Antaranya ialah.

Karakter Kimberly (the Pink Ranger):

  • Naomi Scott (The Martian)
  • Stephanie Scott

Karakter Zack (the Black Ranger):

  • Daniel Zovatto (It Follows)
  • Ross Butler (Chasing Life)
  • Brian “Sene” Marc (Major Crimes)

Karakter Jason (the Red Ranger):

  • K.J. Apa (Shortland Street)
  • Austin Butler (The Shannara Chronicles)
  • Mitchell Hope (The Descendants)

Jika anda Google nama-nama diatas, kebanyakkan mereka adalah pelakon-pelakon muda. Ini kerana pihak produksi ingin mencari pelakon-pelakon yang sesuai dengan karakter dari segi umur dan “details” karakter. Lagi 2 karakter Power Rangers masih belum diumumkan lagi siapakah pelakon yang diuji.

Jadi antara mereka, agak-agak siapa yang terpilih untuk membawa karakter tersebut? Kita tunggu info lanjut akan datang.

Related posts

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Leave a Comment