Trivia

Senarai Filem & Siri Televisyen Marvel Yang Bakal Diterbitkan Marvel Studios

Views

Peminat-peminat Marvel Cinematic Universe pastinya tidak sabar menantikan filem pertama Fasa 4 MCU, Black Widow. Selain itu juga, kami yakin ada diantara anda juga menantikan beberapa filem lain seperti The Eternals, Thor 4, Ant-Man 3, Blade dan sebagainya.

Sementara menantikan filem-filem MCU kegemaran anda, kami ingin kongsikan senarai filem-filem Marvel dan siri televisyen yang sedang dirancang / bakal diterbitkan Marvel Studios. Untuk info, senarai ini berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak studio atau pendedahan dari pihak yang terlibat dengan pembikinan filem.

1. Black Widow

  • Tarikh tayangan: 1 Mei 2020
  • Status: post produksi

Filem arahan Cate Shortland ini telahpun selesai menjalani penggambaran pada Oktober yang lalu. Scarlett Johansson kembali memainkan peranannya sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Dia disertai beberapa pelakon termasuklah David Harbour, Florence Pugh, O-T Fagbenle dan Rachel Weisz. Filem ini ditetapkan selepas peristiwa filem Captain America: Civil War. 

2. The Eternals

  • Tarikh tayangan: 6 November 2020
  • Status: dalam penggambaran

The Eternals bakal membuka lembaran baru dalam Fasa 4 Marvel Cinematic Universe. Filem arahan Chloe Zhao ini dibintangi Angelina Jolie akan memainkan peranan sebagai Thena, manakala pelakon terkenal Korea Selatan, Ma Dong-Seok sebagai Forgotten One, Richard Madden sebagai Ikaris, Salma Hayek sebagai Ajak, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gigamesh dan Kumail Nanjiani as Kingo.

Pada Ogos yang lalu, dilaporkan Gemma Chan, Kit Harrington dan Barry Keoghan menyertai barisan pelakon The Eternals dengan memainkan peranan sebagai Sersi, Druig dan The Black Knight / Dane Whitman.

3. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings

  • Tarikh tayangan: 12 Februari 2021
  • Status: dalam penggambaran

Filem pertama superhero Asia ini dibintangi Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin serta Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui), dan diarahkan Destin Daniel Cretton berdasarkan skrip yang ditulis oleh Dave Callaham. Setakat ini plot dan timeline filem masih lagi tidak diketahui.

4. Doctor Strange in the Multiverse of Madness

  • Tarikh tayangan:  7 Mei 2021
  • Status: pra-produksi

Benedict Cumberbatch akan kembali membawa peranannya sebagai Doctor Strange dalam filem kedua berjudul Doctor Strange in the Multiverse of MadnessPelakon tersebut akan turut disertai Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff. Scott Derrickson yang mengarahkan filem pertama akan kembali mengetuai pemibikian filem sekuel ini. Doctor Strange in the Multiverse of Madness digambarkan sebagai filem seram pertama MCU dan bersambung dari dua rancangan Disney+ iaitu WandaVision dan Loki. Penggambaran dijangka bermula Januari 2020.

5. Untitled Spider-Man 3

  • Tarikh tayangan:  16 Julai 2021
  • Status: pra-produksi

Selepas krisis diantara Sony dan Disney yang menakutkan peminat, filem ketiga Spider-Man dalam MCU telah diumumkan sebagai salah satu perjanjian baru diantara Sony dan Disney. Setakat ini tiada butiran lanjut mengenai pengarah dan penulis ketiga Spider-Man. Tom Holland seperti biasa akan kembali memainkan peranannya sebagai Peter Parker, dan lebih menarik, filem ini bakal membuka ‘crossover’ yang lebih luas diantara MCU dan dunia Sinematik Marvel Sony.

6. Thor: Love and Thunder

  • Tarikh tayangan: 5 November 2021
  • Status: pra-produksi

Taika Waititi kembali mengarahkan filem keempat Thor selepas Thor: Ragnarok. Lebih menarik, Jane Foster lakonan Natalie Portman juga kembali dalam dunia MCU dan bakal menjadi Mighty Thor, the goddess of Thunder. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson seperti biasa akan meneruskan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie dalam filem Thor: Love and Thunder. Penggambaran dijangka bermula pada Mac 2020.

BACA:  Bersantai Pada Bulan Mac Dengan KDrama Terbaru

7. Black Panther 2

  • Tarikh tayangan: 6 Mei 2022
  • Status: pra-produksi

Black Panther merupakan satu-satunya filem Fasa 5 MCU yang telah diberi tarikh tayangannya. Ryan Coogler akan kembali ke kerusi pengarahan bersama-sama Chadwick Boseman yang meneruskan wataknya sebagai T’Challa / Black Panther. Setakat plot masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat ura-ura bahawa filem kedua Black Panther ini bakal memperkenalkan Namor dan kerajaannya.

8. Blade

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan

Filem yang lama dinantikan peminat, Blade dijangka akan menjadi sebahagian Fasa 5 MCU.  Pemenang anugerah Academy, Mahershala Ali bakal memainkan peranan utama sebagai Eric Stokes Brooks a.k.a Blade. Setakat ini pengarah, penulis dan plot masih lagi tidak diketahui.

9. Ant-Man 3

  • Tarikh tayangan: 2022?
  • Status: dalam perancangan

Penggembaraan Scott Lang dan Hope Pym akan dilengkapkan dalam filem ketiga Ant-Man. Marvel Studios mengumumkan filem ini awal November yang lalu, sekaligus menutup desas-desus bahawa Ant-Man 3 dibatalkan, dan ditukar menjadi siri televisyen. Peyton Reed akan kembali mengarah filem ketiga akan datang.

10. Deadpool 3

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam pembangunan

Deadpool menjadi filem pertama yang diuruskan Marvel Studios sejak karakter Marvel milik Fox diletakkan dibawa pengurusan Marvel Studios. Setakat ini plot, pengarah serta penulis masih lagi tidak diketahui, dan statusnya juga masih lagi menjadi tanda tanya, adakah kekal ‘r-rated’ atau menjadi PG13. Berdasarkan laporan terdahulu, Deadpool telah mendapat jaminan bahawa status ‘r-rated’ akan dikekalkan, bagaimanapun ia terletak pada perancangan Marvel Studios dalam merencana filem ketiga karakter anti-hero yang celupar ini.

Selain itu juga, berkemungkinan besar Deadpool 3  akan kekal sebagai filem ‘standalone’ yang tidak berkait dengan MCU.

11. Guardians of the Galaxy Vol. 3

  • Tarikh tayangan: 2022?
  • Status: dalam pembangunan

Selepas dipecat, James Gunn telah diambil kembali Disney untuk mengarahkan filem ketiga Guardians of the Galaxy. Menurut Gunn, filem ini bakal menentukan perjalanan ahli-ahli Guardians dalam MCU, sama ada diteruskan atau ditamatkan sepertimana beberapa karakter popular MCU. Persiapan GTOG Vol. 3 hanya akan bermula sebaik sahaja James Gunn menyelesaikan tugasnya menyelesaikan filem The Suicide Squad untuk Warner Bros. / DC

12. Captain Marvel 2

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: diumumkan

Tiada pengumuman rasmi mengenai sekuel Captain Marvel, tetapi semasa dipersidangan San Diego Comic Con yang lalu, presiden Marvel Studios, Kevin Feige ada menyebut perancangan filem Captain Marvel 2. Buat masa ini, peminat mungkin tidak akan melihat Captain Marvel sehingga 2023 memandangkan Marvel Studios telahpun menetapkan banyak filem pada tahun 2022.

Tarikh-tarikh tayangan yang telah ditetapkan Disney

Disney telah mengumumkan berapa tarikh tayangan untuk filem – filem Marvel, tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut. Pemerhati menjangkakan tarikh-tarikh yang diumumkan itu termasuklah filem Guardians of the Galaxy, Blade, Ant-Man 3 dan berkemungkinan besar, Deadpool 3.

Berikut adalah tarikh tayangan untuk filem-filem Marvel yang masih dirahsiakan Disney/Marvel:

  • 7 Oktober 2022
  • 17 Februari 2023
  • 5 Mei, 2023
  • 28 Julai, 2023
  • 3 November 2023

RANCANGAN DISNEY PLUS

1. Disney Plus: Falcon and Winter Soldier

  • Tarikh tayangan: 6 November 2020
  • Status: dalam penggambaran

Siri televisyen pertama MCU di platform streaming Disney Plus. Falcon and Winter Soldier ditetapkan ditetapkan selepas event Avengers: Endgame. Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan kembali membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier. Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter. Pendatang baru MCU, Wyatt Russell akan memainkan peranan sebagai U.S Agent.

Pencipta dan penulis skrip trilogi John Wick, Derek Kolstad telah menyertai pasukan kreatif siri televisyen Disney+ ini.

BACA:  Filem Korea Menarik Yang Anda Boleh Tonton Di NETFLIX

2. Disney Plus: WandaVision

  • Tarikh tayangan:  Mac / Mei 2021
  • Status: pra-produksi

Paul Bettany dan Elizabeth Olsen akan kembali memainkan peranan mereka sebagai Vision dan Wanda dalam rancangan Disney Plus WandaVision yang akan mula disiarkan pada musim bunga 2020. Teyonah Parris turut menyertai siri televisyen ini dengan membawa watak Monica Rambeau yang telah dewasa manakala Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan pelakon Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse)

Siri Disney+ WandaVision juga dikhabarkan akan menjadi sitkom pertama MCU.

3. Disney Plus: Loki

  • Tarikh tayangan:  Mac / Mei 2021
  • Status: pra-produksi

Loki dijangka akan memulakan siarannya pada musim bunga 2021 dengan Michael Waldron akan bertindak selaku ‘showrunner’. Ia akan menjadi siri MCU kedua yang berkait dengan sekuel Doctor Strange selepas rancangan bersiri WandaVision. Seperti biasa, Tom Hiddleston akan meneruskan wataknya sebagai Loki.

4 Animasi Disney Plus: What If…?

  • Tarikh tayangan:  Jun / Ogos 2021
  • Status: pra-produksi

Siri animasi pertama dalam MCU yang dicipta secara eksklusif untuk platform Disney Plus. Animasi ini akan menceritakan kewujudan realiti alternatif dalam Marvel Universe dimana superhero dan supervillain memainkan peranan berbeza dari realiti asal. Aktor-aktor dalam Marvel Cinematic Universe akan memainkan peranan mereka sebagai pelakon suara, manakala pelakon Jeffrey Wright akan membawa suara karakter popular The Watcher.

5. Disney Plus: Hawkeye

  • Tarikh tayangan: September / November 2021
  • Status: pra-produksi

Jeremy Renner akan kembali membawakan wataknya sebagai Clint Burton / Hawkeye. Dalam siri ini, dia akan mengajar anak muridnnya iaitu, Kate Bishop sebelum menyerahkan gelaran Hawkeye kepada Bishop. Berkemungkinan besar siri ini akan mendorong kepada perancangan filem Young Avengers? 

6. Disney Plus: Ms. Marvel

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan

Semasa expo D23 yang berlangsung pada Ogos yang lalu, Ms. Marvel merupakan antara rancangan Disney+ yang diumum Marvel Studios. Siri ini dikatakan bakal membuka pintu untuk memperkenalkan kembali karakter Inhumans yang telah dirosakkan menerusi sebuah rancangan televisyen yang gagal.

7. Disney Plus: Moon Knight

Moon Knight Disney+

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan

Penulis dan pencipta siri Netflix The Umbrella Academy, Jeremy Slater akan mengetuai pasukan kreatif untuk siri terbaru Marvel Disney+ Moon Knight. Setakat ini barisan pelakon siri Moon Knight dan tarikh siaran masih belum didedahkan pihak studio.

8. Disney Plus: She-Hulk

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan

She-Hulk merupakan salah satu siri yang diumumkan Marvel Studios semasa Expo D23 yang lalu. Tidak banyak butiran lanjut mengenai siri ini melainkan beberapa khabar angin yang melibatkan pelakon filem Incredible Hulk, Liv Tyler. Perancangan siri ini diketuai oleh Penulis siri animasi Rick and Morty, Jessica Gao.

Tinggalkan Balasan

shares