Selain daripada industri filem barat yang banyak membanjiri pawagam-pawagam, filem tempatan juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan pawagam-pawagam tanah air. Sejak Januari sehingga Jun, sebanyak 27 filem Melayu telah dihasilkan dan jika dicampurkan dengan filem-filem lain keluaran tempatan sebanyak 44 buah filem telah dihasilkan.
Seperti tahun-tahun lepas, filem-filem bergenre seram dan cinta mengusai industri perfileman tempatan.
Disini kami ingin promote filem-filem melayu yang menarik untuk ditonton. Dalam kita menonton filem di pawagam, jangan lupa untuk support filem-filem tanah air. Ok, kami senaraikan beberapa filem tempatan yang menarik untuk ditonton sepanjang bulan Ogos sehingga Disember 2015
1. Jejak Warrior
Genre: Pengembaraan / Sukan
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Kisah pengembaraan mengenai seorang remaja (Wan Raja) untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaannya iaitu The Red Warriors.
Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru, dia telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi dia bagi mencapai cita-citanya.
Pelakon: Alif Firdaus, Nadiya Nisaa, Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Fauziah Ahmad Daud, Bell Ngasri, Radhi Khalid, Sabri Yunus
2. Bravo 5
Genre: Aksi / Patriotik
Tarikh Tayangan: 10 September 2015
Berlatarkan tahun 1989, ia mengisahkan lima anggota Komando ATM (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka dipaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.
Pelakon: Beto Kusyairy, Remy Ishak dan Sofi Jikan.
3. Kapsul
Genre: Pengembaraan / Patriotik / Sains Fiksyen
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Mengisahkan tentang seorang pemuda yang terperangkap di dalam kapsul masa di empat zaman berbeza iaitu ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, pemerintahan Tun Abdul Razak dan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ianya bermula apabila sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri oleh Zohri dan telah membawa dirinya kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di era bangsa Melayu sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri merasai dan menyaksikan sendiri keperitan nenek moyangnya memperjuangkan bangsa dan negara. Membuatkan dirinya mula memahami apakah erti sebenar patriotisme. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya, sementara pada masa yang sama, beliau berusaha untuk mencari jalan pulang.
Pelakon: Faizal Hussein, Haeriyanto Hassan, Zamarul Hisyam, Dato Rahim Razali, Irfan Khairi, Adlin Aman Ramli, Fadilah Mansor, Elly Mazlein
4. Polis Evo
Genre: Aksi / Buddy Cop
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik,
5. Jwanita
Genre: Seram / Thriller
Tarikh Tayangan: 24 September 2015
Filem ini mengisahkan seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, yang diberi nama Jwanita menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ia diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil. Disebabkan dendam dan kecewa, gadis tersebut membunuh orang-orang yang dikenalinya.
Pelakon: Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne, Marsha Milan Londoh dan Umie Aida.
6. Juvana 2
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2015
Latar belakang cerita kali ini lebih banyak tertumpu di luar sekolah berbanding filem terdahulu yang banyak berkisar kehidupan mereka di Sekolah Wira Bakti. Sinopsis dan Trailer akan menyusul kemudian
Pelakon: Johan As’ari, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim dan Shera Ayob
Filem – Filem Lain:
1. Nota
Tarikh Tayangan : 13 Ogos 2015
Genre : Psiko, Ngeri, Jenayah
Pengarah : Yasu Tanaka
Pelakon : Maya Karin, Hans Isaac, Ramli Hassan, Rin Izumi
2. Jangan Ambil Rumah Kami
Tarikh Tayangan : 20 Ogos 2015
Genre : Komedi
Pengarah : Azaromi Ghozali
Pelakon : Intan Ladyana, Azwan Kombos, Hanif Safuan, Sharisa Haris
Terbitan : Mangkin Prestij Sdn Bhd
3. Usop Wilca – Menghonjang Makhluk Muzium
Tarikh Tayangan : 3 September 2015
Genre : Komedi, Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Faradhiya, Kamarul Hj Yusof
Terbitan : Pencil Pictures Sdn Bhd
4. Girlfriend Kontrak
Tarikh Tayangan : 24 September 2015
Genre : Romantik / Komedi
Pengarah : Virginia Kennedy
Pelakon : Keith Foo, Nur Risteena, Bront Palarae, Fara Fauzana, Azad Jazmin,
Terbitan : Grand Brilliance
5. Rembat
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2015
Genre : Komedi, Aksi
Pengarah : Shamyl Othman
Pelakon : Aniu, , Shaheizy Sam, Zizan Razak,
Sam Chong, Zara Zya, Arja Lee, Sherry Alhadad,
Terbitan : Grand Brilliance, Marna Films, & Red Films
6. Badi
Tarikh Tayangan : 15 Oktober 2015
Genre : Seram
Pengarah : Eyra Rahman
Pelakon : Adiba Yunus,Azwan Kombos,Rashidah Jaafar
Terbitan : Metrowealth
1 comment
Macam tak penuh je senarai filem nie.. huhu