Trivia

Senarai Filem-Filem DC Yang Bakal Menemui Peminat

Views

Jika Marvel Studios sedang sibuk merancang Fasa 4 dan 5 MCU serta beberapa siri televisyen, Warner Bros. dan DC juga tidak ketinggalan merangka semula dunia sinematik mereka. Bezanya, tidak banyak publisiti di war-warkan kepada pihak media melainkan beberapa filem yang telah ditetapkan tarikh tayangannya oleh pihak studio.

Untuk infomasi kepada para peminat, terdapat 25 filem superhero sedang dirancang Warner Bros. dan DC Films. Tujuh daripadanya telah ditetapkan tarikh tayangan, dan beberapa filem lain telah disahkan perancangannya, cuma hanya menunggu tarikh yang sesuai.

Anda nak tahu filem apakah yang sedang dirancang Warner Bros. dan DC Films? disini kami kongsikan senarai filem-filem DC yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

1.  Birds of Prey (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 7 Februari 2020
  • Status: Post produksi
  • Pengarah: Cathy Yan
  • Penulis skrip: Christina Hodson
  • Pelakon: Margot Robbie, Mary Elizabeth Winstead, Jurnee Smollett-Bell, Rosie Perez, Ella Jay Basco, dan Ewan McGregor.

Setelah melalui fasa penggambaran semula, filem adiwira wanita DC ini telah bersedia untuk menemui peminat pada Februari ini. Dibintangi Margot Robbie yang meneruskan wataknya sebagai Harley Quinn. Robbie disertai beberapa pelakon lain seperti Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary, Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain/Batgirl, Ewan McGregor sebagai penjahat utama, Black Mask serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.

Selepas berpisah dengan Joker, Harley Quinn mula mengumpul ahli-ahlinya yang terdiri daripada Black Canary, Huntress dan Renee Montoya dalam usaha mereka untuk melindungi seorang gadis, Cassandra Cain yang diburu penjenayah yang menakutkan dikenali sebagai Black Mask.

2. Wonder Woman 1984 (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 5 Jun 2020
  • Status: Post produksi
  • Pengarah:  Patty Jenkins
  • Penulis skrip:  Patty Jenkins
  • Pelakon: Gal GadotKristen WiigPedro Pascal, dan Chris Pine

Wonder Woman 1984 akan berlatarbelakangkan era 80an dimana Diana Prince a.k.a Wonder Woman akan bertemu seterunya terhebatnya iaitu The Cheetah lakonan Kristen Wiig. Filem ini turut dibintangi Pedro Pascal dan Chris Pine yang kembali memainkan peranannya sebagai Steve Trevor.

3. The Batman (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 25 Jun 2021
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah:  Matt Reeves
  • Penulis skrip:  Matt Reeves
  • Pelakon: Robert Pattinson, Zoe Kravitz, Colin Farrell, Paul Dano, Andy Serkis, Jeffrey Wright, John Turturro, dan Peter Sarsgaard.

Pencarian pelakon untuk filem The Batman masih belum selesai. Dikhabarkan terdapat beberapa lagi pelakon sedang dicari Matt Reeves untuk mengisi beberapa peranan penting dalam filem akan datang. Filem solo adiwira Gotham ini dilaporkan bakal menceritakan zaman awal Bruce Wayne sebagai Batman.

4. The Suicide Squad (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 6 Ogos 2021
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah:  James Gunn
  • Penulis skrip:  James Gunn
  • Pelakon: Margot Robbie, Idris Elba, Viola Davis, Michael Rooker, Joel Kinnaman, John Cena, Jai Courtney, Nathan Fillion, David Dastmalchian, Taika Waititi, Alice Braga, Sean Gunn, Storm Reid, Pete Davidson, Flula Borg, Peter Capaldi, Joaquín Cosío, Mayling Ng, Juan Diego Botto, Steve Agee, Tinashe Kajese, Daniela Melchior, Julio Ruis, dan Jennifer Holland

Merupakan ‘soft reboot’ dari filem Suicide Squad arahan David Ayer. Hanya beberapa pelakon asal kembali membawakan watak masing-masing. Mereka adalah Amanda Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan Joel Kinnaman akan meneruskan watak mereka dalam filem pertama iaitu sebagai Amanda Waller, Harley Quinn, Captain Boomerang dan Rick Flag. Selain itu juga, terdapat pelakon merupakan bekas pelakon filem Guardians of the Galaxy iaitu David Dastmalchian, Nathan Fillion, Sean Gunn, Steve Agee, dan Michael Rooker,

5. Black Adam (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 22 Disember 2021
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah: Jauma Collet-Serra
  • Penulis skrip:  
  • Pelakon: Dwayne Johnson

Penggambaran filem Black Adam dijangka akan bermula pada Julai 2020. Tidak banyak informasi mengenai plot filem, tetapi difahamkan beberapa karakter Justice League Society bakal membuat kemunculan dalam filem anti-hero ini.

6. Shazam! 2 (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 6 Ogos 2021
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah:  David F. Sandberg
  • Penulis skrip:
  • Pelakon: Zachary Levi, Asher Angel

4 bulan selepas tayangan filem Black Adam, musuh ketat kepada anti-hero Black Adam iaitu Shazam! bakal menyusul. Setakat ini Zachary Levi dan Asher Angel disahkan kembali memainkan peranannya. Manakala beberapa pelakon lain seperti Jack Dylan Frazer, Grace Fulton, Ian Chen, Jovan Armand dan Faithe Herman dijangka kembali memainkan peranannya sebagai ahli keluarga Billy Batson.

7. Aquaman 2 (confirm!)

  • Tarikh tayangan: 16 Disember 2022
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah:  –
  • Penulis skrip:  
  • Pelakon: Jason MomoaAmber Heard, dan Yahya Abdul-Mateen II
BACA:  Ratu Ilmu Hitam, Ashfall, Bombshell Antara Yang Menarik Pada Tahun Baru Ini.

Setakat ini status James Wan sebagai pengarah Aquaman 2 masih lagi tidak diketahui. Wan sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia tidak akan meneruskan filem kedua Aquaman melainkan skrip yang dihasilkan bersesuai dengan kehendaknya. Pihak studio menetapkan tarikh tayangan pada tahun 2022 agar ia dapat memberi masa yang cukup dalam membangunkan skrip Aquaman. David Leslie Johnson – McGoldrick, penulis yang sering berkerjasama dengan James Wan telah diberi tugas untuk menyiapkan skrip.

8. The Trench (confirm!)

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah:  –
  • Penulis skrip: Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald
  • Pelakon: –

Merupakan filem spin off Aquaman. Setakat ini tiada pengarah dikaitkan dengan filem ini. James Wan akan bertindak selaku penerbit bersama-sama Peter Safran. The Trench dilaporkan akan bergenre seram superhero, sesuatu yang agak menarik dalam senarai filem-filem DC. Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald telah ditugaskan untuk merangka skrip

9. The Flash (confirm!)

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: Dalam pembangunan
  • Pengarah: Andy Muschietti
  • Penulis skrip: –
  • Pelakon:  Ezra Miller

Antara filem DC yang tertangguh lama disebabkan pelbagai masalah. Selepas pengunduran Phil Lord & Chris Miller, perancangan The Flash menjadi kabur sehinggalah Warner Bros, mengumumkan Andy Muschietti sebagai pengarah. Penggambaran hanya akan bermula sebaik sahaja Ezra Miller selesai menjalani penggambaran filem Fantastic Beast. Bagaimanapun persediaan filem akan bermula pada awal tahun 2020.

10. Batgirl

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip: –
  • Pelakon:  –

Filem ini sepatutnya ditulis dan diarahkan oleh Josh Whedon pada 2017, bagaimanapun bekas pengarah Marvel itu diberi tugas untuk menyiapkan filem Justice League. Pada awal 2018, Whedon telah mengumumkan pengunduran dari projek Batgirl dan menyebabkan projek filem ini tergantung. Perancangan Batgirl hanya kembali berjalan selepas Warner Bros. mengambil bekas penulis skrip Bumblebee, Christina Hodson untuk merangka skrip Batgirl. 

11. Green Lantern Corps

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip: –
  • Pelakon:  –

Satu lagi projek tertangguh yang kembali diberi perhatian Warner Bros. Setakat ini tidak banyak maklumat mengenai filem Green Lantern Corps, tetapi difaham filem akan datang merupakan reboot dari filem lakonan Ryan Reynolds. Geoff Johns yang kini menjadi bos DC Films dilaporkan mengentuai barisan penulis filem Green Lantern Corps. 

12. New Gods

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah: Ava DuVernay
  • Penulis skrip: Ava DuVernay, Tom Kring
  • Pelakon:  –

Selepas menghasilkan filem A Wrinkle in Time, Warner Bros. telah mengumumkan Ava DuVernay akan mengarahkan filem New Gods adapatasi dari komik karya Jack Kirby yang menyaksikan dewa baru bangkit menentang dewa-dewa lama. Filem ini dikhabarkan bakal menampilkan Darkseid. Setakat ini tiada perkembangan terbaru dari DuVernay. Pengarah tersebut kini sedang sibuk menyiapkan siri Netflix When They See us. Tom Kring dilaporan akan tulis menulis filem ini bersama-sama DuVernay.

13. Blackhawk

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah: Steven Spielberg?
  • Penulis skrip:
  • Pelakon:  –

Selepas mengarahkan filem Ready Player One, Warner Bros. telah meminta Steven Spielberg untuk terus kekal bersama mereka dan menghasilkan debut untuk filem superhero. Projek Blackhawk diadaptasikan dari komik DC berjudul sama yang berkisarkan tentang sekumpulan juruterbang pada zaman Perang Dunia Kedua. Semasa filem ini diumumkan, Spielberg dilaporkan bakal menerbitkan filem ini dan berkemungkinan besar akan turut mengarah.

14. Joker – Jared Leto

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip:
  • Pelakon:  Jared Leto

Selain filem Joker lakonan Joaquin Phoenix, Jared Leto juga bakal mendapat filem solonya sendiri. Joker versi Leto telah diumumkan pada Jun 2018 dimana pelakon itu juga akan menjadi penerbit eksekutif. Status filem ini masih lagi tergantung, dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Menurut sumber IMDb, filem solo ini merupakan spin off Suicide Squad arahan David Ayer.

15. Joker/Harley Quinn

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah: John Requa dan Glenn Ficarra
  • Penulis skrip:
  • Pelakon: Margot Robbie dan Jared Leto

Satu lagi filem yang masih belum diketahui perkembangannya. Filem spin off Suicide Squad ini diumumkan pada Ogos 2017 dengan John Requa dan Glenn Ficarra akan mengarah, menulis dan menjadi penerbit. Terdapat percanggahan laporan dari media-media hiburan antarabangsa yang mana ia menyebut filem ini adalah serpihan dari projek Gotham City Sirens yang dikatakan telah ‘terhenti’. Perkembangan Joker/Harley Quinn hanya akan dapat diketahui apabila Warner Bros. mengumumkan perancangan atau pembatalan projek.

16. Supergirl

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip: Oren Uziel
  • Pelakon:
BACA:  24 Filem Netflix Yang Bakal Menemui Anda Pada Tahun 2020

Perancangan filem Supergirl telah diumumkan Warner Bros. pada Ogos 2018 dengan Oren Uziel ditugaskan untuk merangka skrip. Setakat ini tiada butiran lanjut mengenai filem ini.

17. Nightwing

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah: Chris McKay
  • Penulis skrip: Bill Dubuque
  • Pelakon:

Pada Februari 2017, Warner Bros. mendedahkan telah mengambil pengarah The LEGO Batman Movie, Chris McKay untuk mengarahkan filem Nightwing dengan Bill Dubuque diberi tanggungjawab untuk menyiapkan skrip. Filem ini sepatutnya memulakan pra produksi pada 2018 tetapi tiada perkembangan sehinggalah terdapat laporan terbaru yang menyebut, Nightwing terpaksa ditangguhkan kerana memberi laluan kepada filem The Batman. 

18. Justice League Dark

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip:
  • Pelakon:

Walaupun projek Justice League Dark dilihat terhenti selepas mengalami beberapa masalah, Warner Bros. dilaporkan masih mahu projek filem ini diteruskan. Sebelum ini, Guillermo del Toro dan Doug Liman telah dikaitkan dengan filem superhero supernatural DC ini, tetapi mereka meninggalkan projek tanpa sebab yang diketahui.

19. Gotham City Sirens

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: Tidak diketahui
  • Pengarah: David Ayer?
  • Penulis skrip: Geneve Robertson-Dworet
  • Pelakon: Margot Robbie

Status filem ini tidak diketahui. Sebaik sahaja pelancaran filem Suicide Squad, pihak studio mengumumkan filem Gotham City Sirens yang akan berkisarkan tentang Harley Quinn dan beberapa karakter DC yang lain seperti Poison Ivy. David Ayer telah diumumkan sebagai pengarah bersama-sama Geneve Robertson-Dworet yang bertindak selaku penulis skrip. Bagaimanapun, perkembangannya tidak diketahui sehinggalah muncul filem Birds of Prey, yang dikhabarkan mengambil alih projek ini. Apapun kita nantikan pengumuman Warner Bros. mengenai projek filem ini.

20. Blue Beetle

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip: Gareth Dunnett-Alcocer
  • Pelakon:

Tidak banyak butiran lanjut mengenai filem ini. Projek Blue Beetle diumumkan pada November 2018 adaptasi karakter Blue Beetle dari komik Latin DC. Gareth Dunnett-Alcocer telah dipilih untuk menulis skrip filem ini.

21. Plastic Man

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip: Amanda Idoko
  • Pelakon:

Seperti Blue Beetle, projek filem Plastic Man juga tidak banyak butiran lanjut. Filem ini diumumkan Warner Bros. pada Disember 2018 dengan Amanda Idoko akan bertindak selaku penulis skrip. Tone filem ini akan lebih kepada aksi komedi.

22. Sekuel Man of Steel?

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip:
  • Pelakon: Henry Cavill?

Ramai peminat menantikan sekuel Man of Steel, namun pihak studio masih bermain tarik tali sama ada mahu dihasilkan sekuel atau di’reboot’. Dalam perkembangan terbaru, pihak studio dikatakan telah memberi lampu hijau kepada J.J. Abrams untuk merencana filem Man of Steel, dan pengarah tersebut dikatakan mahu menghasilkan semula filem solo Superman dengan memperkenalkan pelakon yang baru. Henry Cavill juga dikatakan berminat untuk meneruskan watak Superman, manakala pelakon Michael B. Jordan juga turut menyuarakan minatnya untuk membawa watak adiwira tersebut. Kini perancangan Man of Steel bergantung kepada pelan jangka panjang Warner Bros. bersama J.J. Abrams.

23. Deathstroke

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah: Gareth Evans
  • Penulis skrip:
  • Pelakon: Joe Manganiello

Filem solo Deathstroke sepatutnya menjadi filem pengenalan untuk villain yang bakal muncul dalam filem The Batman lakonan Ben Affleck. Bagaimanapun sejak Matt Reeves mengambil alih projek The Batman dan membuang idea Affleck, perancangan filem Deathstroke telah tergantung dan tiada hala tuju. Bekas pengarah The Raid, Gareth Evans yang telah diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini pada Oktober 2017, menjelaskan bahawa dia kini tidak pasti sama ada projek Deathstroke masih lagi berjalan ataupun telah terhenti.

24. Lobo

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: dalam perancangan
  • Pengarah:
  • Penulis skrip:
  • Pelakon:

Perancangan filem ini telah mencecah 10 tahun, tetapi masih lagi tiada perkembangan positif dari Warner Bros. Pihak studios dilaporkan tidak membuang projek ini, dan masih menerukan perancangannya. Beberapa pengarah telah bertukar ganti antaranya Guy Ritchie dan Brad Peyton, tetapi masih lagi gagal untuk diteruskan. Yang terkini, pengarah Transformers, Michael Bay dilaporkan dalam radar pihak studio untuk menjadi pengarah filem Lobo.

25. Cyborg

  • Tarikh tayangan: TBA
  • Status: tidak diketahui
  • Pengarah:
  • Penulis skrip:
  • Pelakon: Ray Fisher

Seperti biasa, Warner Bros. bijak mengumum tetapi gagal untuk melaksanakan. Filem solo Cyborg sepatutnya menemui penonton pada 2020, tetapi status tidak diketahui samada masih diteruskan atau perancangannya telah dibatalkan pihak studio.

Tinggalkan Balasan

shares