Slot TempatanTrivia

Senarai Filem-Filem Aksi, Perang Tempatan

Views

Genre perang antara genre yang paling ramai peminatnya. Sebut sahaja filem perang, pasti ramai dikalangan anda akan menamakan filem-filem yang pernah anda tonton. Bagaimana pula dengan filem perang tempatan? sudah tentu industri perfileman kita ada filem-filem perang, cuma jumlahnya begitu kecil jika hendak dibandingkan dengan filem dari Hollywood.

Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Darah Satria, Leftenan Adnan dan yang terbaru Paskal merupakan antara filem aksi - perang tempatan yang sangat popular dikalangan penonton. Tetapi tahukah anda, selain dari senarai yang disebutkan diatas, ada banyak lagi filem tempatan yang memaparkan aksi ketenteraan? Ok, disini kami senarai filem - filem aksi - perang tempatan yang wajar ditonton.

Sarjan Hassan (1958)

Filem legenda tempatan arahan bersama Lamberto V. Avallena (pengarah utama) dan seniman agung Tan Sri P. Ramlee Diterbitkan oleh Malay Film Production pada tahun 1958, ia berkisar tentang perjuangan Sarjan Hassan (P. Ramlee) dan Rejimen Askar Melayu dalam menentang penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.

Mata Hari (1958)

Simbolik perjuangan Tun Fatimah menentang pencerobohan Portugis ke atas Melaka. Mata Hari merupakan satu lagi filem terbitan Malay Filem Production yang berkisar tentang perjuangan menentang Jepun. Filem arahan Ramon A. Estella dan dibantu Omar Rojik ini menceritakan tentang perjuangan seorang wanita iaitu Mata Hari yang dilakonkan oleh seniwati Maria Menado mengetuai kumpulan pejuang gerila menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Prebet Lapok (1979)

 

Filem ketiga allahyarham Datuk Abdul Aziz bin Sattar selepas mengarahkan filem Keluarga Si Comat dan Si Badul. Walaupun bertema komedi, Prebet Lapok mempamerkan perjuangan anggota tentera dalam menentang insurgensi komunis. Dibintangi A.R. Badul, Prebet Lapok mengisahkan tentang Badul Lapok seorang budak nakal di kampungnya. Selepas dipujuk untuk menjadi anggota tentera, dia mempamerkan keberanian dalam menentang pengganas komunis. 

Bukit Kepong (1981)

Satu lagi filem 'lejen' tempatan, berdasarkan dari peristiwa sebenar serangan komunis terhadap balai polis Bukit Kepong. Diarah dan dibintangi allahyarham Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsuddin, Bukit Kepong memaparkan semangat perjuangan oleh anggota polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong melawan 180 pengganas komunis sehingga ke titisan darah yang terakhir. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.

Raja Laut (1982)

Debut pertama Z. Lokman sebagai pengarah. Sebelum menceburi bidang perfileman, Z. Lokman pernah berkhidmat dalam TLDM selama 13 tahun (sekitar 1960an-1970an), dan Raja Laut dilihat sebagai intepretasi beliau kepada pasukan yang pernah disertainya. Raja Laut mengisahkan tentang kumpulan lanun yang mengganas di laut mengancam para pelaut dengan tindakan jenayah. Filem ini memaparkan aset TLDM pada masa itu, iaitu kapal peronda KD Sundang.

Darah Satria (1983)

Satu lagi filem bercorak ketenteraan arahan allahyarham Datuk Abdul Aziz bin Sattar. Darah Satria cukup terkenal dengan lagu patriotik berjudul sama nyanyian Samad Haron. Menampilkan Aman Shah, A. R. Badul, Tawil dan ramai lagi, Darah Satria menceritakan kehidupan Leftenan Ariff (Aman Shah) sebagai seorang suami dan salah seorang pegawai dalam salah satu batalion dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja.

Ke Medan Jaya (1983)

Filem arahan A. Aziz Wok dan terbitan Perbadanan Filem Nasional (Finas). Walaupun lebih kepada drama dan tidak bercorak ketenteraan sepenuhnya, Ke Medan Jaya tetap memberi gambaran bagaimana operasi ketenteraan dilakukan semasa era Insurgensi. Filem ini mengisahkan tentang mengisahkan tentang kehidupan seorang pemuda anak yatim, Sham, dilakonkan Dharman Harun Al-Rashid yang jatuh cinta dengan anak majikan ibunya, Rosnah Abdul Rahman. 

Wira Angkasa (1987)

 

Dilabel Top Gun versi Melayu dan satu-satunya filem yang mengangkat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke layar perak. Wira Angkasa diarahkan Aziz Jaafar dan menampilkan pelakon seperti Sabree Fadzil, Dato’ Yusof Haslam, Aznah Hamid, dan Noreen Noor. Ia mengisahkan tentang dua individu berlainan latarbelakang yang menyertai TUDM. Iskandar Muhammad (Sabree Fadzil) merupakan anak seorang pesawah yang bercita-cita menjadi juruterbang manakala Redzuan Mazlan (Yusof Haslam) adalah anak seorang jeneral bersara TUDM yang hidup bersosial.

Leftenan Adnan (2000)

Satu lagi filem ketenteraan yang berdasarkan dari peristiwa sebenar. Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman ini menceritakan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun di Pertempuran Bukit Candu semasa Perang Dunia II. Allahyarham dianggap wira oleh rakyat Malaysia dan Singapura diatas keberaniannya itu. Filem Leftenan Adnan dibintangi Hairie Othman sebagai watak utama serta Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Versi HD kini sedang ditayangkan di Astro First.

Bravo 5 (2014)

Bravo Lima merupakan sebuah filem aksi/perang yang diarahkan oleh Yeop Hitler dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sashi Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah. Filem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis.

Kanang Anak Langkau (2017)

Kanang anak Langkau: The Iban Warrior ialah sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2017 arahan Bade Hj. Azmi dengan skrip ditulis bersama oleh Zainal Fikri dan Asmira Suhadis. Filem memperincikan tentang kehidupan dan kerjaya perajurit, Kanang anak Langkau semasa Insurgensi. Filem ini dibintangi oleh Langgi anak Kanang yang memegang watak sebagai bapanya, bersama Ady Putra, Johan As'ari, Livonia Ricky Guing, Jimmy Leong, Adam Shah, Aidil Aziz, Ruzana Ibrahim dan Zachery Francis. 

Malay Regiment (2017)

Malay Regiment merupakan sebuah filem drama ketenteraan Malaysia 2017 arahan Jurey Latiff Rosli terbitan World Evolution Brain, memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit RAMD telah menyerang beberapa kem komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan dengan Gubir, Kedah.

Paskal (2018)

Paskal adakah sebuah filem aksi ketenteraan arahan Adrian Teh dan dibintangi pelakon Hairul Azreen yang memainkan peranan utama sebagai anggota pasukan khas Paskal, Arman Rahmat. Filem aksi ini bukan sahaja menceritakan kembali peristiwa sebenar dalam sejarah ATM, malah turut memaparkan aset-aset tentera yang cukup hebat. Filem memaparkan perjalanan hidup Arman sebagai anggota Paskal dan misinya bersama anggota yang lain dalam merampas kembali pelantar minyak yang ditawan lanun.

Sumber: Informasitempur.com, wikipedia, IMDb

P/S: Jika ada filem yang tertinggal, sila bagitahu kamu ya!

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares