Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Senarai 10 Pemenang Malam Perasmian FFM 27

sumber: malaysiagazette.com
sumber: malaysiagazette.com

KUALA LUMPUR: Filem Ribbit terbitan KRU International Sdn Bhd dipilih sebagai filem Animasi Cereka Terbaik pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) di sini pada Rabu.

Filem Rimba Racer terbitan Glue Studios Sdn Bhd pula memenangi filem Animasi Bersiri terbaik. Kemenangan itu membolehkan pemenangnya menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Sebanyak 10 anugerah disampaikan pada malam perasmian sementara 24 anugerah utama pula akan disempurnakan pada malam kemuncak FFM 27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Hadiah pemenang utama pada malam perasmian disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Johari Jailani dan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman. Pelakon Along Cham dan Zulin Aziz bertindak sebagai pengacara.

Berikut ini senarai 10 pemenang pada malam perasmian FFM 27 yang diadakan di Symphony Lake Suite, KLCC

1. Filem Animasi Cereka Terbaik: Ribbit – KRU International Sdn Bhd.

2. Filem Animasi Bersiri Terbaik: Rimba Racer – Glue Studio Sdn Bhd

3. Kesan Khas Terbaik: Seventh – Mirage Works.

4. Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik: Elaine Ng & Wing Shum – Hungry Ghost Ritual.

5. Lagu Tema Asal Terbaik: Yuna/Lautan – Lagenda Budak Setan 3.

6. Penataan Bunyi Terbaik: Winson Poon – Hungary Ghost.

7. Penataan Seni Terbaik: Tunku Mohd Taufek/Tunku Tommy Mansur – Lelaki Harapan Dunia.

8. Filem Pendek Terbaik: Cho We Jun – Salvaj

9. Skor Muzik Asal Terbaik: Oii Su Lyn & Teoh Eng Hooi – Manisnya Cinta Di Cappadocia

10. Penggiat Belakang Tabir: Mariam Ibrahim.

sumber: mStar Online

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment