Berita

Sempena Ulang Tahun Pertama 'Aquaman', James Wan Kongsikan Gambar BTS Yang Tidak Pernah Dilihat Penonton

Views

Pada minggu lalu, pengarah James Wan meraikan ulang tahun pertama tayangan filem blockbuster DC, Aquaman. Filem tersebut merupakan kejayaan terbesar Warner Bros. / DC dalam filem komik apabila ianya berjaya meraih $1.148 billion dolar seluruh dunia ($335 juta domestik AS, $813.1 juta pasaran antarabangsa).

Bagi meraihkan ulang tahun filem arahannya itu, Wan telah kongsikan beberapa gambar belakang tabir yang tidak pernah dilihat penonton yang memaparkan suasana dan momen diset penggambaran melibatkan beberapa pelakon seperti Jason Momoa (Arthur Curry/Aquaman), Patrick Wilson (Orm/Ocean Master), Yahya Abdul-Mateen II (David Kane/Black Manta), Kekoa Kekumano  Arthur Curry berusia 16 tahun), Ludi Lin (Captain Murk), Michael Beach (Jesse Kane) dan Willem Dafoe (Nuidis Vulko).

Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks